Atuk Ani…

Pesan atukku,

”Ani, jadilah doktor. Atuk mahu lihat ani  jadi doktor.” masih terngiang-ngiang pesan atukku 7 tahun yang lalu. ” Ani tak pandailah atuk” jawabku. ”Jangan kata macam itu, ini doa atuk dan nenek. Ani kena aminkan saja. Mana tahu makbul nanti,” balas atuk dan nenek. Aku hanya tersengih.

” Ani, nah ini duit raya special untuk ani,” setiap kali raya, aku dan abangku akan menerima sampul special dari atuk berlainan dengan cucu-cucunya yang lain. Aku tersenyum gembira.

”Ani, belajar rajin-rajin. Atuk doakan ani berjaya dalam pelajaran.” pesan atukku di hujung talian setiap kali aku menghubunginya di perantauan. Terharu aku dengan doanya.

”Ani, atuk tak suka ani balik malam-malam dari penang. Awak tu perempuan, bahaya,” pesan atuk setiap kali aku melanggar pesannya. Aku hanya mampu tersenyum & melanggar pesannya ini hampir setiap kali. Bukan mudah untuk aku dapat peluang pulang dari Penang kalau tidak selepas 5pm.

”Ani, atuk sayang ani, belajar rajin-rajin” Ciuman dan pelukan terakhir atuk 7 hari sebelum atuk ’pergi’. Aku masih tidak menangkap tanda-tanda akhir itu, kerana atuk memang kaya dengan ciuman dan pelukan kasih sayang buat cucu-cucunya.

Aku masih teringat pesananku, ”Atuk jaga diri baik-baik. Insulin cucuk 30 minit sebelum makan. 1 Pagi dan 1 petang. Jangan tak makan lepas cucuk.” Sambil-sambil tanganku mengurut lengan kirinya yang sakit akibat serangan ’Unstable Angina’.

5 hari selepas itu, aku menerima mesej dari ayahku, ” Atuk sakit tenat” (2am, 26 Mac 2010). Hatiku tidak tenang, lantas aku bangun berdoa agar semuanya dipermudahkan untuknya. Aku nekad untuk pulang meninggalkan kelas di Penang apabila diberitahu, atukku intubated dan diserang jantung. Hati masih menafikan, dan berharap semuanya ok.

Aku hanya berpeluang melihat atukku terbaring lesu, bertemankan PEEP, intubated, cardiac and vital signs monitoring machine di CCU. Walau pun sudah biasa melihat pesakit2 di hospital yang sebegini, hatiku sangat tersentuh melihatkan ST-elevation, hypotension and tachycardia readings bersama-sama morphine, midazolam, aderanaline dan heparin infusion di sisi katil atuk. Paling menyedihkan apabila mengetahui dia berada separa sedar tetapi tidak mampu respon dan hanya gerakan-gerakan jari-jemari dan air mata untuk berinteraksi. Melihatkan keadaan atuk di CCU amatlah memilukan, hanya doa yang dapat diberikan. Aku tak sanggup melihat atuk dicucuk sana-sini semata-mata untuk membantunya hidup yang aku tahu semakin tipis. Biarlah atuk hidup atau pergi dengan tenang. Akhirnya, 6.20pm, 28 Mac 2010, aku redha dengan air mata melihat resuscitation dan asystole di ECG. Bukan mudah untuk membiarkan satu-satunya atuk tempat aku bermanja dan sumber kekuatan cita-citaku pergi.

”Ani, lepas ani grad kita buat kenduri kesyukuran,” aku masih teringat cita-citanya itu ketika aku mempelawanya ke majlis graduasi aku nanti.

” Ani, duduklah dengan atuk kalau ani dah kahwin nanti,” pelawa atuk. Tak usah tunggu ani kahwin atuk, lepas grad memang ani dah plan nak jaga atuk. Tapi, atuk pergi dulu.

Ani sedih, atuk tidak dapat hadir di majlis graduasi ani. Ani berjanji untuk tidak mengecewakan atuk. Ani berharap atuk masih dapat doakan ani berjaya dunia dan akhirat.Ani tahu atuk sayang ani. Ani sangat sayangkan atuk. Ani minta maaf kalau ani buat salah pada atuk. Semoga roh atuk bersama-sama dengan orang-orang yang soleh. Semoga urusan atuk di sana dipermudahkan Allah. Insya’Allah, Ani akan sentiasa sedekahkan doa untuk atuk & nenek selagi jasad bernyawa.

Cucu Atuk,

Ani =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: