My Public Health in PMC

Tercampaknya saya di Baling bersama 15 kawan-kawan yang lain merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kami tinggal di Kompleks Rakan Muda, Baling, Kedah. Lengkap dengan kemudahan sukan, dorm, internet, surau, parking dan dewan.

Antara yang dipelajari adalah sistem saliran air, rawatan bahan kumbah, nutrisi dan penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar, breastfeeding education, kaedah rawatan air di loji,  dan kawalan penyakit berjangkit (Denggi). Tak lupa tentang budaya dan cara hidup penduduk di sini.

Tiba-tiba saya teringat,

” eh, can we kena tangkap basah if we dating here. Or can we kena tangkap if we wear short here? If I’m not mistaken this is PAS area,” tanya kawan Cina pada saya. Aiyya, this amoi takut dengan Pas.

Ketika melawat Klink LPPKN sambil belajar tentang perancangan keluarga. Tiba-tiba, saya disoal,

” Hey Nunee, do you agreed with polygamy?” semua mata melihat saya. Tergumam sebentar.

“ Why not?” saya tanya kembali.

“Are you sure?” dia menguji saya semula.

“ That’s why I’ll not get married with muslim guys,” she decided.

Inilah hasil pencemaran poligami. Ramai pihak yang tidak faham membuat kesimpulan yang tidak berakal, menggunakan emosi.

Di Baling, kerja yang dilakukan hanyalah lawatan CHSS, SSP group project, main badminton, makan dan tidur. Sekiranya anda tidak makan, maka anda akan rasa bosan kerana hilang satu aktiviti harian. Baling sesuai untuk orang yang cintakan alam, ketenangan dan bersabar. Baling bukan untuk saya.

Projek SSP yang dilakukan oleh kami, The Knowledge, Attitude, and Behaviour amongst Upper Secondary School Students of SMK Tunku Putera, Baling, Kedah towards HIV/AIDS: A Cross-Sectional Study. Projek yang sepatutnya mudah menjadi agak komplikated dengan terlalu banyak research papers on HIV yang perlu ditapis untuk menjadi bahan kajian. Ditambah dengan supervisor yang terlebih motivasi. Walau bagaimanapun, kami telah berjaya mendapat tempat kedua dalam 8 research projects SSP yang bertanding. Claps to my team 4A.

Untuk exam, lecture notes and past years banyak membantu. Untuk kefahaman yang lebih mudah dan cepat. Study groupla.. Discussion.

Exam paper: MCQ and Essays. Exam termudah dalam semua medical exam. Mudah dari segi kaedah bukan soalan.

Public Health bagus. Its more on prevention strategies than treatment. Sesuai kepada mereka-mereka yang suka nasihat-menasihati aka penyabar dan peramah…hehehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: