Paedsss….

Rotation yang kelam-kabut. Tapi memang sangat banyak skills dan ilmu yang diperolehi. Bayangkan anda belajar semua jenis penyakit untuk kanak-kanak (0-15 years old) dalam masa 6 minggu. Menggilap semula physical examinations skills, mengasah semula memori yang ditinggalkan selama 6 bulan dalam medicine and surgery, menggunakan peluang untuk ambil hati kanak-kanak yang unpredictable, membuat kesimpulan dengan kemahiran melihat daripada bertanya.

Tidak cukup dengan itu, anda perlu melakukan kuiz online mingguan, EBM neonates, 5% kehadiran(penting untuk dapat free marks since paper exam susah), reports. EOB exams 20% (MCQ and essays). 40% final essays, 40% final OCSE.Tapi, cool la. Benda-benda ini nampak leceh, tapi masa kerja nanti lagi leceh.  Belajar-belajar dari sekarang. Teknikaliti membantu manusia lebih berdisiplin.

Yang penting, tidak boleh sama sekali berniat untuk tidak hadir ke kelas. Kerana soalan-soalan yang keluar exam bukan semua boleh dapat dalam buku, kebanyakannya dari classess and bed teaching. Paeds department ini mengamalkan sistem adult learning yang teramat. Selalunya kalau ditanya, jawapannya;“Go back and read your book. Everything is inside the book”. Kena banyak-banyak bersabar sikit. Tapi, kalau ada Q&A sessions tanyala banyak-banyak soalan supaya nanti tak menyesal. Do something is better than nothing, kata org jawa.

Untuk exam, soalan memang power. Tapi kalau tak power sangat pun, kadang-kadang boleh blackout tiba-tiba. Insya’Allah, Allah bantu bagi buah fikiran kalau kita doa selalu.

Nanti-nanti cerita pasal exam.

Ada yang suka paeds, ada yang benci. Apa-apapun ini semua pengalaman menuntut ilmu. Semua orang belajar ada susah senang. Walau pun paeds sebenarnya menarik, kalau nak diuji dengan perangai doktor, pesakit dan examiner yang pelbagai itu, memang dah lumrah alam.

Untuk paeds, buku:

1. tom lisseuer & clayden (gambar sunflower)
2. paediatrics hospital Malaysian protocol.

Dat’s all for now. All the best!!!

My Public Health in PMC

Tercampaknya saya di Baling bersama 15 kawan-kawan yang lain merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kami tinggal di Kompleks Rakan Muda, Baling, Kedah. Lengkap dengan kemudahan sukan, dorm, internet, surau, parking dan dewan.

Antara yang dipelajari adalah sistem saliran air, rawatan bahan kumbah, nutrisi dan penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar, breastfeeding education, kaedah rawatan air di loji,  dan kawalan penyakit berjangkit (Denggi). Tak lupa tentang budaya dan cara hidup penduduk di sini.

Tiba-tiba saya teringat,

” eh, can we kena tangkap basah if we dating here. Or can we kena tangkap if we wear short here? If I’m not mistaken this is PAS area,” tanya kawan Cina pada saya. Aiyya, this amoi takut dengan Pas.

Ketika melawat Klink LPPKN sambil belajar tentang perancangan keluarga. Tiba-tiba, saya disoal,

” Hey Nunee, do you agreed with polygamy?” semua mata melihat saya. Tergumam sebentar.

“ Why not?” saya tanya kembali.

“Are you sure?” dia menguji saya semula.

“ That’s why I’ll not get married with muslim guys,” she decided.

Inilah hasil pencemaran poligami. Ramai pihak yang tidak faham membuat kesimpulan yang tidak berakal, menggunakan emosi.

Di Baling, kerja yang dilakukan hanyalah lawatan CHSS, SSP group project, main badminton, makan dan tidur. Sekiranya anda tidak makan, maka anda akan rasa bosan kerana hilang satu aktiviti harian. Baling sesuai untuk orang yang cintakan alam, ketenangan dan bersabar. Baling bukan untuk saya.

Projek SSP yang dilakukan oleh kami, The Knowledge, Attitude, and Behaviour amongst Upper Secondary School Students of SMK Tunku Putera, Baling, Kedah towards HIV/AIDS: A Cross-Sectional Study. Projek yang sepatutnya mudah menjadi agak komplikated dengan terlalu banyak research papers on HIV yang perlu ditapis untuk menjadi bahan kajian. Ditambah dengan supervisor yang terlebih motivasi. Walau bagaimanapun, kami telah berjaya mendapat tempat kedua dalam 8 research projects SSP yang bertanding. Claps to my team 4A.

Untuk exam, lecture notes and past years banyak membantu. Untuk kefahaman yang lebih mudah dan cepat. Study groupla.. Discussion.

Exam paper: MCQ and Essays. Exam termudah dalam semua medical exam. Mudah dari segi kaedah bukan soalan.

Public Health bagus. Its more on prevention strategies than treatment. Sesuai kepada mereka-mereka yang suka nasihat-menasihati aka penyabar dan peramah…hehehe.

My psychiatry rotation…

Merupakan rotation kedua best dalam POPPh to me. Kita dapat jumpa dengan macam-macam orang dan macam-macam kisah hidup.

Hari pertama melawat Wad Psychiatry, Hospital Jalan Perak memang agak menyeramkan. Baik di wad perempuan apatah lelaki. Namun, persepsi itu berubah sama sekali di hari pertama menemuramah pesakit jiwa.

Pesakit pertama merupakan perempuan muda, 23 tahun, cantik dan bertenaga. Sangat peramah, berulang kali meminta nombor telefon kawan lelaki yang bersama saya menemuramahnya. Rupa-rupanya,dia sedang manic daripada penyakit yang dihidapinya Bipolar Mood Disorder sejak tiga tahun yang lalu. Dia merupakan pesakit terbaik untuk dipelajari. Surely, i’ll remember BMD for life, she helped me a lot.

Tempat2 belajar:

  1. Hospital Jalan Perak, Pulau Pinang : Kes2 di sini selalunya akan masuk EOB exam. Tapi, selalunya typical cases seperti schizophrenia, BMD, suicidal attempt, self-harm, alcoholic or drug induced psychosis and acute psychosis.
  2. Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang: Kes-kes di sini lebih menarik. OCD, MDD and schizophrenia. Lebih ramai pesakit-pesakit yang menarik dan staf yang sangat membantu.
  3. Klinik Psychiatry, Hospital Pulau Pinang: liason cases dengan wad. Fresh cases of suicidal attempts, alchohol intoxication, dementia, acute psychotic.
  4. Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam. (A day visit)
  5. Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak: Selalunya Forensic Psychiatry cases. Kes-kes pesakit yang melibatkan kesalahan jenayah. Ie: membunuh, curi motosikal, personality disorder, merompak, etc. (A day visit)

Peperiksaan:

  1. EOB: MCQ, SAQ, OSCE dan long-case exams. OSCE ada satu set (2 stations). Satu station written answer for few questions related to next station. Next station, interview session. Untuk OSCE, yang pernah keluar sepanjang EOB, drug-induced psychosis, BMD, OCD dan MDD. Long- case satu jam untuk clerk dan physical examination. Rasanya takdela sesusah medicina & surgery long case.Cuma patient saja unpredictable. Tapi boleh minta tukar patient kalau tiba-tiba patient buat hal.
  2. Final paper: MCQ, SAQ dan OSCE. OSCE ada 3 set OSCEs (6 stations). Cases during my time was MDD, schizophrenia(toughts disorder) dan aneroxia nervosa. Untuk memudahkan kehidupan: soalan memang klon daripada http://www.trickcyclists.co.uk/.

Kebetulan dalam satu OSCE masa final exam, saya dapat patient(pelakon) yang            sama ketika OSCE EOB with the same cases.

Once I entered the station, he said,

“ I’ve seen you before” I was shocked, *sapela pulak mamat ini (tgh nervous)*. But to be polite,“Yes, we did”. While having the conversation regarding his condition, I recalled back. *Yes, this guy was the same patient with me last time.*  Saya hampir tergelak bila tengok dia berlakon beria-ria seperti pesakit jiwa. Memang hilang markah empathy di situ. Huhu. He knew it and keep on smiling. But he did help me a lot. Alhamdulillah.

Buku pysch:

psychiatry
1. sila fotostat handbook of DSM IV criteria (kecik aje). Dr Barathy ade original copy. Yg saya faham library takde
2. Oxford psychiatry
3. First Aid in Psychiatry (MUST)
4. Kaplan & Saddock (yg ni boleh baca kalau nak dapat gold medal kot)

Ok dat’s all for psychiatry now….