Jangan ada benci

Sempena Hari Raya Korban, saya berpeluang mengikuti ceramah daripada Ustaz Halim Din di surau An-Nur.

Setiap tahun bercerita pasal pengorbanan kisah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Setiap tahun menumbangkan lembu-lembu tanda pengorbanan. Adakah sikap pengorbanan hanya SEKALI setiap tahun?

Pernah terfikir apakah pengorbanan terbesar yang boleh saya banggakan untuk Islam? Setanding sirah Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabat baginda yang lain? Terasa memang sangat tidak layak untuk menandinginya. Pengorbanan hanya berlaku apabila kita melakukan sesuatu di luar kemampuan dan keselesaan. Dan saya berada di zon selesa.

Saya mulai bosan pada orang yang berkorban dengan wang dan harta padahal mereka punya wang berjuta-juta. Saya lebih teruja dengan pengorbanan tenaga dan masa untuk Islam. Menggembleng idea, memastikan strategi dan kekuatan Muslim itu dapat disatukan. Mungkin ini nampak idealistik tapi saya dah bosan dengan orang-orang plastik. Bukan mudah, saya setuju. Maka tunggulah kemudahan itu datang? Wahai orang-orang muda, sudah-sudahlah dengan mainan, gadgets, berfikir untuk makan di mana setiap masa, belajar sampai tak kenal ilmu agama, berkawan sampai tak tahu malu dan mahramnya. Tidak merasa bosankah dengan itu? Come on, Move on!! be a better person, get a better life dunia & akhirat sebelum tua.

Emosi yang tiba-tiba kerana kisah-kisah dan gossip-gossip masyarakat.

Benci bila pemimpin yang tidak kisah, berapa ramai yang murtad kerana katanya ramai juga yang masuk Islam. Benci bila ada orang kata, biarlah berpisah/bercerai kerana boleh kahwin selepas itu/ lebih ramai yang mendirikan masjid. Benci bila kemaksiatan cuba dihalalkan dengan unsur-unsur kebaikan. Benci apabila budaya barat lebih diagungkan daripada budaya Islam. Benci bila Tudung Labuh Click (TLC) digeruni sedangkan Free Show Click (FSC) disanjungi. Benci pada kualiti lelaki yang hilang sinarnya bersama kuantiti. Benci pada diri sendiri, kerana hanya BENCI, selemah-lemah Iman.

Syaikh Muhammad Ahmad Rasyid mengingatkan bahwa dalam perjalanan dakwah ini janganlah bersikap seperti umat Nabi Musa yang duduk-duduk berdiam diri saja menunggu datangnya kemenangan dari perjuangan Nabinya. Akan tetapi berbuat banyaklah untuk jalan dakwah ini dengan senantiasa selalu berkorban dan tidak pernah kendur semangatnya untuk berkorban. Memang semestinya demikian.

Tentu saja semangat berkorban ini tidak akan kendur manakala sikap kepatuhan kader pada ajaran ini tidak berkurang secuilpun. Mereka mematuhi ketentuan yang sudah seharusnya dijalankan. Mereka mengokohkan ruh maknawiyahnya setiap saat. Mereka berada dalam stamina spiritual yang prima. Said Hawwa menegaskan bahwa pengorbanan merupakan kepatuhan dan kepatuhan adalah syarat kemenangan. Maka siapkanlah sarana-sarana kemenangan dengan meningkatkan semangat berkorban terus menerus agar kemenenagan menjadi kenyataan yang dekat. –Ustaz Yussainie Yahya

Maka, usahalah pada kecintaan. Jangan ada benci dengan syari’atullah ditegakkan!

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: