Electives…

Elective adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pelajar perubatan. Pada saat ini, kita diberikan kelonggaran untuk memilih cara menggunakan ilmu perubatan yang sedia ada mengikut selera dan minat sendiri.

Ada kawan yang memilih untuk membuat research, ada yang memilih untuk membuat misi kemanusiaan, ada yang memilih untuk membuat praktikal di hospital-hospital sama ada di dalam atau luar negara, swasta atau kerajaan. Malah ada yang memilih untuk bercuti daripada perubatan.

Maka saya memilih a very typical option, praktikal di hospital kerajaan Malaysia, hospital Kajang. Azam untuk praktikal di India terkubur dek kedudukan ekonomi yang tidak menggalakkan dan perancangan yang berubah-ubah. Kepada yang di luar sana, if you were given money, time and choice, maka cubalah ke India atau negara-negara developing country. I’m sure we will learn at least something new about their culture, system and social which determine the health status.

Sudah lama saya berhajat untuk mengikuti mana-mana misi kemanusiaan, ke Kemboja, Sabah, Indonesia atau kampung-kampung kecil. Hasrat ini masih menjadi harapan. Anda perempuan!! Pesan ibubapa. Maka saya akur. Mungkin setelah bergelar doktor, lebih bermakna.

Hospital Kajang tidak menghampakan saya.  Consultant General Medicine Wad 3, Dr.Khow, 31 tahun merupakan x-PMC. Semangatnya untuk melihat saya, Adilah dan Che’A megikut jejak langkahnya agak tinggi. Houseman-houseman yang rajin, sabar dan baik hati membantu kami memahami selok-belok kerja-kerja mereka menjadikan kami sebahagian daripada warga hospital Kajang.

Di hari kedua berelektif, atuk kesayanganku telah dimasukkan di Wad 2 (Male Medicine ward) dengan diagnosis ‘Unstable Angina’ selepas mengadu sakit dada. Maka, bermulalah episod atuk-cucu ketika ward round. Keadaan atuk saya tidak begitu membimbangkan jika dibandingkan pesakit-pesakit seusianya. Alhamdulillah. Pagi saya ke hospital sebagai pelajar perubatan, petang saya melawat atuk sebagai cucu. Owh!! Saya tidak gemar merawat saudara sendiri. Cukuplah melawat sahaja.

Saat paling mencabar adalah blood taking. Saya nak minta maaf pada pesakit-pesakit (kalau diorg baca la..hehe) sekiranya cubaan-cubaan mengambil darah telah gagal. Ada yang senang, ada yang susah. Sekiranya anda merasa sakit, percayalah, doktor-doktor lagi rasa down kerana menyakitkan bukanlah tugas doktor.

” Darah saya dah banyak mati doktor. Muda-muda dulu baling je jarum dah boleh masuk, ” kata seorang penagih dadah selama 30 tahun kepada saya. Memang pak cik ini lebih expert dari doktor, dia yang ajar saya macam mana saya boleh ambil darahnya dengan lebih mudah.

“Ikat ketat-ketat sikit, kat bawah ni, haaa, cuba kat sini, ” adoi, pakcik ini siap tunjuk di mana boleh cucuk dengan tekniknya lagi. Malangnya percubaan saya dan houseman berpangkat kapten yang ke-9 baru berjaya.

“Ani, doktor baju merah tu memang tak balik rumah ke. Sejak petang semalam makcik nampak dia kerja sampai pagi ini. Tak penat ke dia?” kata jiran kampung saya yang dimasukkan kerana sakit perut dan batuk.

“Akak tak sempat nak mandi Nunee,” bisik doktor baju merah, senior PMC saya yang baru bekerja 5 minggu. Dia oncall semalam.

” Macam baru perang je kat hospital tu,” kata abang saya ketika menghantar atuk di A&E Hospital Kajang.

Menjadi pelajar perubatan dan pegawai perubatan amat berbeza. Tanggungjawab menjaga seorang pesakit adalah berat. Inikan pula satu wad. Namun, kepuasan bekerja lebih bermakna sekiranya anda telah menjalankan amanah dan tanggungjawab itu dengan terbaik.

” I lose 5kg in 4 weeks,” kata seorang kakak yang baru bekerja. Part ini saya suka. hehe.

Berpenat-lelahlah, sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Janganlah berdukacita sekiranya hidup ini meletihkan. Kerana demikianlah hidup ini diciptakan.- Imam Syafi’e.

Apa-apa pun, I LOVE MEDICINE. I appreciate the knowledges, moments and chances of learning process. =)

2 Comments (+add yours?)

  1. nadhirah ib
    Nov 27, 2009 @ 12:51:16

    lor. nape tak mai india
    tiket tak mahal kalo naik tiger airway which transit kat singapore.
    rm1000+/-
    tapi kene ad visa.

    anyway, bole je join kitorg posting kalo boring haha
    next month org dah masuk paed.
    excited! hahaha

    Reply

  2. huda
    Nov 29, 2009 @ 02:41:16

    nadhirah. please sponsor me next time!!! i’m seriously dead no money.hishhh. nak cari duit. malas!! superbosan dok rumah.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: