Bolehkah aku berubah?

”Doktor, doktor rasa boleh ke orang macam saya ini berhenti ambil dadah?” tanya seorang pesakit dadah tegar kepada saya.

”Mengapa tidak boleh?” respon saya.

” Doktor ada keluarga atau saudara yang ambil dadah ke?” tanyanya kembali.

”Setahu saya tak ada.” jawab saya.

” Bukan apa, orang kata kalau cakap memang senang, tapi orang yang kena ini ingat senang ke nak berubah,” jawab pesakit itu kembali. Saya hanya tersenyum.Lalu menjawab:

” Semua orang dalam kehidupan ada naik turunnya. Kalau awak diuji dengan kehidupan awak sebegini, awak rasa kehidupan kami ini gembira sahaja. Untuk saya berada di tahap ini, belajar untuk menjadi doktor bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Silap langkah akan kecundang juga. Saya tak rasa awak perlu fikir mampukah awak berubah.Yang penting tanya pada hati awak. Adakah awak benar-benar mahu berubah. Untuk dapat kekuatan itu, awak perlu banyak berdoa dan berusaha. Tambah-tambah kita ini orang Islam. Malah saya tak nampak kenapa awak perlu risau, kita ada ramai bekas penagih dadah yang berhenti, kita ada rekod, bukan cakap kosong sahaja” jawapan spontan untuk membantunya.

”Itulah, saya pun sekarang rasa gembira juga belajar dan dengar kuliah-kuliah agama di surau sini.”katanya.

”Baguslah. Kita ini orang Islam kena banyak ilmu. Baru boleh maju. Baru boleh kuat.” pesanan saya untuk diri sendiri juga.

Kadang-kadang terasa macam terlebih dewasa untuk menasihati orang yang berumur lebih tua dari diri sendiri. Apakan daya, memang sudah menjadi sebahagian daripada tugas dan kehidupan.

Lawatan sehari ke Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam yang dulu dikenali sebagai Pusat SERENTI (SERENtak berhenTI) memang banyak mendedahkan kami kepada kaedah ”Therapeutic Community” dan sistem di situ. Kami berkesempatan mengikuti perhimpunan pagi di situ.Mereka dilatih untuk bercakap dengan yakin di hadapan, menyatakan kesalahan, mengaku kesalahan, menegur sahabat dan menyatakan pengajaran daripada kesalahan tersebut.

” Famili, saya (ID NO) . Insiden, kepada mana-mana famili yang telah membuang tisu di koridor asrama Aman, sila bangun.” Pesalah pun akan bangun. ”Famili, kenapa hendak lakukan perkara ini. KESAN daripada tindakan famili akan menyusahkan orang lain. Persekitaran tidak bersih. MASA SILAM: Kalau dulu masa silam, kita tak peduli tentang kebersihan. Kita berubahlah.PRIHATIN: Sekarang kita perlulah lebih prihatin. Janganlah buang sampah merata-rata tempat. MINDA: Minda perlulah bersih. FALSAFAH:……………. Kerana sikap ini pun ada pada saya , maka sama-samalah kita berubah.” Itulah lebih kurang isi-isi yang akan mereka cakap dalam sesi teguran atau muhasabah terhadap famili mereka. Dari isu sekecil-kecil tidak buang tisu dalam tong sampah, terlupa buang plastik sabun sehinggalah isu tidak memulangkan kole asrama.

Memang benarlah, lebih 80% warga PUSPEN adalah orang Islam. Daripada 48 PUSPEN di Malaysia, hanya satu pusat PUSPEN untuk wanita. Yang lainnya hanyalah mereka yang bergenetik XY, lelaki.

Sekadar peringatan buat pembaca dan diri ini. Masih banyak tanggungjawab untuk kita sedarkan masyarakat tentang masalah ini. Yang diperlukan adalah bantuan dan bimbingan, bukan wang ringgit dan kritikan semata-mata!!

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

(ar-Ra’d : 11)

Wallahua’alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: