Berakhirnya Agenda Zionis..

“Perhimpunan seluruh rakyat Malaysia di PWTC pada hari ini merupakan   kemuncak jihad kepada isu zionis di seluruh dunia. Jika sebelum ini isu ini hanya dibincangkan di surau-surau kecil atau  masjid biasa, hari ini kita telah berjaya melakukannya di PWTC, ” kata S.S Dr. Juanda Jaya, Mufti Perlis yang baru.

Saya begitu teruja dengan kehadiran lebih 3000 orang di PWTC pada 9 Mei 2009 yang lalu. Rata-rata, pemuda-pemudi kampus berbondong-bondong dengan bas kolej masing-masing, tidak kurang makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang begitu bersemangat datang dari jauh menunjukkan sokongan.

Seawal 4 pagi, saya dan housemate telah memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Ketika singgah di Tapah untuk solat Subuh, saya terserempak dengan segerombolan warga muda, tua , lelaki dan perempuan turun dari bas dan kereta masing-masing menuju ke surau. Mereka yang berpakaian serba kemas, berbaju kurung, bertudung labuh, berbaju batik, berkupiah seolah-olah akan ke kenduri perkahwinan. Selesai bersolat, saya terlihat t-shirt ‘Save Gaza’ dipakai oleh sebahagian mereka. Hrm, i had the strong feeling that these people will be in the same occasion with me. And yes, i really saw them during the event. Subhanallah, i really pround with the Malaysians!

Konvenkesyen ini merupakan perbincangan ilmiah/ kertas kerja kedua yang saya hadiri untuk Palestin. Selepas yang pertama di Dublin anjuran PPIMI “Palestine at a glance”. Memang banyak ceramah-ceramah di surau-surau yang pernah dihadiri, tetapi, saya inginkan perbincangan atas kajian ilmiah dari  sumber yang sahih dan membawa kepada faham dan tindakan. Kempunan mendengar talk dari Dr. Azzam Tamimi sejak dari Ireland lagi telah tertunai pada tarikh ini.

Memang banyak isu dibincangkan, saya cuba ringkaskan di sini:

  • Zionis adalah sebuah pemikiran atau idea, bukan agama. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai idea zionis, palestin perlu diberikan kepada Israel tidak kira agama apa sekali pun adalah zionis. Jangan terkejut sekiranya terdapat zionis muslim…Saya bersetuju dengan pendapat ini.
  • Idea penaklukan palestine oleh Yahudi ini merupakan propaganda British. Yahudi dan Muslim menjadi mangsa keadaan.
  • Protokol Yahudi yang telah saya bentangkan dalam usrah rupa-rupanya merupakan idea palsu yang tidak dapat ditemui sumber asalnya. Saya agak kecewa dengan hal ini. Namun, kajian lanjut akan saya usahakan sekiranya diberikan peluang.
  • Konsep Israel Raya mula dicanangkan semasa Persidangan Zionis Sedunia di Basel, Switzerland pada 1897 oleh Theodore Hertz.
  • Agama Yahudi tidak pernah menyuruh orang Yahudi mengambil bumi Palestin, mereka hanya dibenarkan untuk berada di tinggal sekiranya Nabi Isa telah turun ke bumi Palestin.
  • Pemuda Islam di Yahudi sangat berjiwa jihad. Mereka sangat yakin pada janji Allah. Tentera Israel sudah semakin lemah, buang air pun dalam kereta kebal.(erk, perlu ke disebut?)
  • Usaha kita?perlu teruskan usaha memboikot, menyumbang dan berdoa.

Sebenarnya banyak lagi ingin dikongsi, tangan sudah penat menaip, mata sudah kuyu, tenaga perlu disimpan untuk exam OnG di hari kelima nanti.

Di sebalik perhimpunan ilmiah, saya gembira kerana telah berjumpa semula dengan kawan-kawan sekolah, satu kolej, satu universiti, satu program dan satu Bangi. hehe..gembira bukan kepalang, kerana mereka hadir menyahut satu semangat jihad atas fikir yang sama.

Wallahu’alam.

2 Comments (+add yours?)

  1. lydecker86
    May 28, 2009 @ 03:54:13

    Assalamualaikum.. Salam bertandang. Satu soalan, berkenaan petikan ini: ‘Protokol Yahudi yang telah saya bentangkan dalam usrah rupa-rupanya merupakan idea palsu yang tidak dapat ditemui sumber asalnya. Saya agak kecewa dengan hal ini. Namun, kajian lanjut akan saya usahakan sekiranya diberikan peluang. ‘

    Nak tanya, protokol Yahudi tu yang mana?

    Reply

  2. banafsha
    Aug 10, 2009 @ 14:50:02

    wsalam wrbt. maaf lambat reply. Protokol Yahudi atau dikenali sebagai THE PROTOCOLS OF THE LEARNED ELDERS OF ZION . Ada 24 protokol yang dikenal pasti menjadi agenda Zionis untuk menakhluki pemikiran dunia sekarang. tapi, saya pun xberapa nak sure protokol ini sahih after program di atas. Wallahua’lam.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: