Disember, 2008

Banyak benda berlaku pada Disember 2008.

Kita mulakan dengan Hari Raya…berjaya juga memulangkan diri beraya bersama keluarga walaupun pada saat itu musim exam. Periksa dan exam, entiti yang berbeza. Ingatkan tadi ada gambar raya dalam laptop. Malang sungguh tidak kusimpan rupanya. Tak palah, kalau dah kutemui nanti, kita serikannya dengan gambar raya.

Kemudian bermulalah saat exams:

Surgery: Memang berpeluh jawab exam surgery kali ini. tak cukup masa. Dengan tiga set soalan pelbagai gaya dan format jawapan, memang menguji skill berfikir secara cepat, tepat dan padat. memang objektif sem2 utk investigations berjaya dicapai oleh Prof Lee setelah menghasilkan satu set soalan setebal 15pages untuk soalan Ix sahaja. Yang peningnya, saya!!

Medicine: Paper medicine 15 minutes after surgery paper mampu memberikan kepuasan untuk berfikir. Kerana soalannya memang mudah, kalau tahu, jawablah, kalau tidak tahu, termenunglah. Masa cukup, ilmu kurang mantap. Tapi, memang mudah dibandingkan paper sem1. Berdoa yang terbaik.

Opthal: MCQ: Soalan biasa-biasa, tapi jawapan, luar biasa. Kalau salah negative marking. Nak pilih jawapan yang benar, 20% probability untuk betul. Yang tak tahan, saya tak baca arahan betul-betul di awal peperiksaan, maka berlakulah pembaziran masa di awal minit ke 15. Memang mencuakkan kerana rasanya tak sampai 5 jawapan confirm betul. Dengan konfidennya, saya telah menjawabnya tanpa meninggalkan satu ruang untuk unanswered.

Opthal: Clinical: Atas sebab banyak nak cerita maka dimasukkan dalam special entry.

ENT (MCQ): Soalan memang banyak, macam biasa, ada susah ada senang. maka aku menjawabnya dengan tenang.

ENT(OSCE): ada 1o soalan, dah suruh kawan-kawan hafal sorang satu, nak kumpul soalan, konon-konon nak buat past yr, tapi,lepas exam, masing-masing lupa kumpul. Apa yang saya ingat:

1. Soalan mengenai tuning fork, Rinnes and Weber test.

2. NPC

3. nampaknya, ada masalah memori, nanti akan cari kawan-kawan untuk lengkapkan soalan yang keluar.

Maka tamatlah exam saya, result dah keluar untuk ENT dan Opthal sahaja. Hanya mampu bersyukur, alhamdulillah, dipermudahkan Allah, walau pun hakikatnya ingin mendapat lebih baik dari yang sedia ada. Insya’Allah, cuba tahun ini.

Setelah tamat exam, pulang ke rumah dengan perasaan gundah gulana sebab time tu result tak keluar lagi. Doa sahaja dapat menenangkan perasaan.

Sabtu, 20/12/2008: A big day for Maryam, my studymate in PMC. Sudah berdua kehidupan Maryam. Semoga bahagia dan berjaya dunia dan akhirat bersama-sama. I’m happy for her.

Sabtu, 27/12/2008: She’s engaged!! haha, sorang lagi cik minah. Studymate in PMC. By the way ada 4 orang je groupmate saya. Sorry, xdapat nak menandang, sibuk2 kipas hang, jauh sangat rumah, duit tak dak nak bayaq tol n minyak. Apa-apa pun, I’m happy for both of you!! Semoga dipermudahkan urusan untuk hari bersejarah.

Maka sepanjang bercuti pada bulan 12, saya berjaya membantu emak memasak di dapur setiap hari, wat a record again!!

Malah sepanjang dua minggu bercuti, saya juga telah berjaya menjaga atok tersayang kerana sakit “achilles tendon synovitis and TIA” di hospital and kampung. Bukan apa, merekalah pencetus cita-cita sebagai seorang doktor. Berkat dorongan, doa dan nasihat atok dan arwah neneklah saya di bidang perubatan. Mereka sumber inspirasi. Malangnya, arwah nenek telah kembali sebelum melihat saya dapat membantu merawatnya.

Itulah detik-detik waktu sebelum berlabuhnya tirai 2008.

Aku tertarik dengan kata-kata ini:

bahagia

Kehidupan lebih bermakna dengan ilmu dan iman!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: