Kerinduan..

Sudah lama Banafsha diabaikan. Rindu yang pasti.

Maka kini tibalah peluang untuk menulis sesuatu.

Banyak pengalaman baru diperolehi sepanjang berhibernasi di alam blog. Baru tamat belajar di wad kecemasan seminggu yang lalu. Pengalaman yang menarik. Akhirnya, aku dapat mengasah skill ambil darah, menjahit kulit manusia, dan konon-konon buat ABC pada orang yang separa sedar.

Of course, kerja paling mudah yang diminati adalah merawat orang asthma atau sesak nafas. Baca ECG masing pening lalat, baca XRay bagai orang rabun.

Setelah habisnya pembelajaran di A&E, keluarga terchinta bercuti di Batu Feringhi. Malangnya, kehadiran mereka semasa aku tidak bercuti and on weekdays. Alah, Maisarah and Huda yang masih bersekolah rendah itu pun buat cuti sendiri, seminggu lebih awal dari cuti sebenar. Waa, bestnya sekolah rendah!!

Minggu ini tamat belajar pasal telinga, hidung dan tekak. Minggu hadapan bermula kisah mata. Telinga, hidung dan tekak masih terkial-kial dah nak masuk bab mata. Itulah kena speed membaca memandangkan final exam untuk subject ini tidak lama lagi. Portfolio dengan cases yang bertimbun-timbun untuk write-up. Rasakan diriku, akibat tidak plan betul-betul kehidupan anda. Huaaaaa.

Maka di saat getir begini, aku menerima satu hadiah daripada sahabat yang cukup bermakna melalui ym:

Do’a Rabithah

Doa Rabithah
Munsyid : Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu

bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

( 8:63 )

Maka, berputiklah rindu pada teman-teman di Dublin. Mungkin pada suasana di sana.
Yang hitam memang hitam, yang putih memang putih.
Namun, kehidupan realiti di tanah air sering menjadikan ia kelabu.
Semoga semangat Do’a ini dapat dipupuk bersama-sama teman halaqahku di sini.
p/s: teringat saat berhalaqah bersama junior di Belfield, UCD.

1 Comment (+add yours?)

  1. ili
    Nov 14, 2008 @ 01:47:09

    rindu jugak kat wanita2 pmc di penang. bila mau mai sini? =)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: