Salam Lebaran

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H

Minta Ampun Dan Maaf Segala Kesilapan dan Kesalahan

Memang Saya tak lepas dari Dosa

Kerana Ana Insan Biasa

Pada Hari Raya Aidilfitri, kita dianjurkan mengucapkan “Taqaballahu minna wa minkum” yang bermaksud `mudah-mudahan Allah menerima ibadah puasa yang baru kita laksanakan’. Selain daripada itu, sudah menjadi kebiasaan kita saling mengucapkan `Minal aidin wal faizin’ yang bererti `mudah-mudahan Allah menjadikan kita seperti orang yang kembali dari medan perang dengan memperoleh kemenangan yang besar’. Diceritakan bahawa mengucapkan kata-kata `Minal aidin wal faizin’ itu adalah kebiasaan para sahabat di zaman dahulu kerap mengucapkan kata-kata itu apabila mereka kembali dari medan perang dengan mengibarkan bendera kemenangan.

Dalam satu riwayat, para sahabat Rasulullah bertemu sesama mereka pada Hari Raya Aidilfitri mereka akan mengucapkan“Mudah-mudahan Allah menerima amal kami dan amal kamu. Taqabballahu minna wa minkum. (Hadis riwayat Ahmad).

Selain itu kita disarankan meraikan Aidilfitri ialah dengan melafazkan kalimah takbir, tahlil, tahmid, yang berbunyi `Allahu akbar, la ilaha ilallah, walillahil hamd’ yang bermaksud `Allah Maha Agung, tiada Tuhan selain Allah, dan Dialah yang harus dipuji’. Kalimah suci ini diiringi pula dengan ikrar `Shadaqa wa’dah, wa nashara abdah, wa a azzajun wahazamal ahza bawahdah’, yang bermaksud `Allah sentiasa benar janji-Nya, menolong hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya, menghalau kekuatan musuh dengan kekuatan-Nya sendiri’. Ikrar seperti inilah yang memperkuat semangat tauhid dan memberikan optimistik (pengharapan) umat Islam pada masa hadapan.

Semoga Islam kembali Gemilang & Muslim kembali Cemerlang !

Bersama-sama ini saya sertakan utusan istimewa menambah seri…

1 Comment (+add yours?)

  1. ikah
    Sep 11, 2009 @ 07:23:11

    selamat hari raya …………………….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: