Mengapa sayang?

Mengapa sayang?

Hanya satu persoalan yang ditanyakan khas untuk penulis. Mungkin retorik, tanpa jawapan.

Sesetengah orang boleh menulis beberapa jawapan untuk satu soalan. Tetapi ada orang yang tidak dapat memberi satu jawapan pada sesetengah soalan.

Menerawang teringatkan perbualan dengan mak, ayah dan keluarga.

Ada satu hari, ketika dalam perjalanan menghantar aku pulang ke asrama.

“Ala, mak. Ani malaslah balik asrama. Kerja sekolah banyak tak buat lagi. Cikgu ni, cuti sekolah pun nak bagi kerja sekolah. Ani memang tak suka buat kerja sekolah masa cuti sekolah. Abisla ani.” rungutan hampir setiap kali pulang ke asrama.

Lantas ayah aku membalas, ” Ani, cuba check balik ‘amal. Apa yang ani buat time cuti? Ni yang jadi tak siap kerja time cuti,”. Walaupun, perbualan ini telah berlaku hampir 7 tahun yang lalu, kesannya masih terpahat di hati aku, especially tiap kali balik ke asrama. Mungkin pada sesetengah orang ia hanya perkara biasa, tiada istimewa. Tapi, kesan sebaris ayat yang dikeluarkan ayah aku ini sedikit sebanyak mengubah cara aku menggunakan cuti sekolah. Bagaimana? Itu masih rahsia.

Baru-baru ini, ibu melahirkan kekecewaannya terhadap sikap adik yang tidak mencapai harapannya untuk solat Subuh di masjid setiap pagi. Di akhir ayatnya, ” Mungkin itu salah mak dan abah jugak. Ada saham dalam apa yang terjadi. Yalah, kalau nak anak sentiasa baik, mak pun kena jadi baik, kuat ‘amal gak.” aku hanya mendengar tanpa balas. Bukan mudah padaku mendengar luahan hati seikhlas ini.

Kerana inilah aku semakin sayang mereka, bukan jawapan yang tepat untuk mengukur sayang.

Apabila diminta sebuah kereta baru, jawapan abah, ” Abah tak nak ani jadi macam Nabi Yusuf, kena adil untuk semua,” aku terdiam, sejak bila hidup aku macam Nabi Yusuf.

Dek kesibukan ayah untuk menstabilkan jawatannya di tempat baru, emak selalu pesan supaya abah perlu bercuti. Bukan untuk keluarga, tapi bercuti untuk keluar fi sabilillah. Perlu beri peluang untuk kerja-kerja agama. Kerana kadang-kadang hal-hal dunia melalaikan kita. Mati, noktah kehidupan yang tidak pernah kenal tatabahasa. Jangaan koma dek kesibukan bekerja, sehingga lupa untuk bekerja keranaNya.

Mungkin ramai yang tidak faham. tapi, ini adalah satu refleksi untuk aku berusaha menjadi anak yang lebih solehah. Penulisan ini berbentuk motivasi untuk aku tidak lemah diri dengan cabaran kini.

Aku masih dilema kesempitan untuk menghayati ilmu perubatan. Mengapa masih di sini? Mungkin kerana sayang.

Sayang masa, sayang ilmu, sayang mereka!!

Learning without thinking is useless
Thinking without learning is dangerous
– Confucius

1 Comment (+add yours?)

  1. ika
    Aug 26, 2008 @ 02:26:48

    Salam.
    Kite suke entry ni.
    Mungkin bagi orang yang malas berfikir, akan tertekan bila dapat jawapan begitu daripada mak/ayah.
    Tapi, bila kita fikir2kan setiap baris ayat mereka, akan terkesan di hati kita.

    Apepun, selamat mengharungi dunia perubatan dengan jayanya… =)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: