Dakwah bil Hikmah..

Sedang belek-belek hal-hal semasa di tanah air ni.

Cakap pasal isu, memang banyak. Mungkin bukan hobi aku untuk menaip hal-hal itu, kebanyakannya masih menjadi koleksi fikiran untuk aku berfikir dengan lebih matang tentang kehidupan.

Let me put some words: Minyak, Ella & Mas Idayu, Pak Lah & SAPP, Dewan Pemuda Pas Selangor, 100 hari Pakatan Rakyat belum campur dengan hal-hal gempa bumi di Jepun, China dengan puting beliung, kisah bumi yang macam kiamat. Astaghfirullah wa na’uzubillah, semoga aku terpelihara dengan redha Allah, dengan iman dan amal untuk Islam.

Kali ini ada satu bacaan yang aku rasa tersentuh dari salah seorang Ustaz yang aku kagumi. Penulisannya semakin hari, semakin menarik dan baik.

Aku kongsikan bersama:

Saya diminta mengulas perihal apa yang teman – teman dalam Dewan Pemuda PAS Selangor telah lakukan sehingga berkocak juga ‘ketenangan’ yang tengah dinikmati dan diimpikan selalu dalam Pakatan Rakyat.

Soalan mereka kepada saya bukan banyak pun. Soalan biasa kepada seorang yang bergelar ustaz macam saya. Berhikmahkah cara itu? Ya, ada satu lagi soalan lain yang mungkin sekadar membayangkan keresahan bahawa ketenangan dalam Pakatan Rakyat itu mungkin tak akan bertahan lama. Bunyi soalan, bagaimana nak layan dan memahamkan mereka ( regu dalam PR )?

Saya jawab begini, hikmah itu cara melaksanakan hukum. Bincang dan fahami hukum dulu.

Tuhan berkata, ” Serulah ( berdakwahlah ) kepada jalan tuhanMu dengan hikmah dan peringatan yang baik.”

Allah menyuruh kita berdakwah. Wajib berdakwah. Dakwah itu adalah seruan kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan melarang daripada yang mungkar. Tuhan berkata, ” Dan hendaklah ada ( wajib ) daripada kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan melarang daripada yang mungkar.”

Kemudian Dia menyuruh lagi. Laksanakan hukum tersebut dengan cara berhikmah dan peringatan yang baik. Oleh kerana ia juga suruhan, maka cara itu pun jadi wajib. Wajib berdakwah secara berhikmah.

Justeru tak berdakwah adalah salah dan berdakwah secara tidak berhikmah adalah salah juga.

Bila Dia menyuruh, maka suruhanNya adalah dengan al haq dan berhikmat. Bila Dia melarang, maka laranganNya adalah dengan al haq dan berhikmah juga. Dua – dua itu adalah demi maslahat hambaNya.

Apa itu kebaikan, makruf dan  mungkar yang wajib didakwah kepada dan daripadanya itu? Mudah sahaja. Ada tersebut di dalam al Quran dan al Hadis. Jika tidak dinyata secara khusus dan jelas, cukuplah fitrah yang suci ( dengan iman ) mengenalinya.

Makruf ertinya dikenali kebaikannya oleh fitrah yang suci. Mungkar ertinya tidak dikenali dan diingkari kebaikannya oleh fitrah yang suci.

Justeru kewajiban setiap muslim adalah memilih, menyeru dan menyuruh manusia kepada yang baik serta menolak dan melarang daripada yang yang tidak baik.

Kemudian, apa itu secara hikmah dan peringatan yang baik?

Ia soal kebijaksanaan. Ia soal menggunakan akal dan petunjuk akal.

Sebijak – bijak akal ialah akal Nabi sallaLlahu alaihi wasallam. Sebab utamanya adalah kerana ia adalah akal yang ditunjuki wahyu dan dimaksumi daripada kesalahan.

Maka hikmah yang pertama adalah dengan meniru dakwah cara Baginda. Susahkah diperolehi? Mudah sahaja. Tiada perihal yang dihikayatkan di dunia ini melebihi hikayat Baginda dan sirah kehidupannya.

Justeru jangan anda memahami hikmah itu bermaksud otak aku atau otak engkau! Cara aku dan cara engkau! Jikalah begitu, hancur luluhlah dakwah di jalan Allah.

Hikmah bermaksud cara dakwah seperti dakwah nabi kita sallaLlahu alaihi wasallam. Cedok daripada sirah dan petunjuknya menggunakan akal anda yang diberi petunjuk.

Jikalah cara berdakwah itu diserahkan kepada akal semata – mata, pasti akan saling bercakaranlah sesama kita, akan saling tuduh – menuduhlah sesama kita, akan saling lebih – melebihlah antara kita dan akan saling label – melabellah sesama kita tanpa petunjuk yang menunjuki. Kita sudah ada nabi, keluarganya, para sahabatnya dan para ulama yang penuh bijaksana.

Sekarang, saya bertanya anda, adakah jenis hiburan yang ditentang oleh Dewan Pemuda PAS Selangor itu samar – samar hukumnya?

Saya yakin hukumnya jelas di sisi setiap muslim yang berpetunjuk dengan al Quran dan al Hadis dan yang fitrahnya suci juga. Ia adalah perkara mungkar. Hukumnya wajib ditegah.

Kemudian bagaimanakah cara menegahnya? Adakah cara menghantar memorandum bantahan itu berhikmah atau tidak? Kenakah ia dalam suasana semasa yang memerlukan pertimbangan paling baik?

Saya tinggalkan anda di sini. Bukan kerana tak berjawaban atau tak mahu memberikan anda jawaban. Saya hanya mahu tegaskan bahawa hikmah itu kesucian dalam petunjuk nabawy dan akal yang rasyid. Allah memberkati akal yang beriman kepadaNya.

Tetapi saya tidak mungkin meninggalkan mereka yang menolak, membangkang, meremehkan dan ‘menghukum’ tindakan DPP Selangor itu sebagai tidak berhikmah. Bagaimana mungkin saya membiarkan mereka begitu sahaja sehinggalah saya memperolehi jawaban yang saya perlukan demi cara dakwah yang yang ‘lebih betul’ daripada mereka.

Saya ingin bertanya mereka, dimanakah dalil yang digali daripada petunjuk ar Rasul bahawa cara DPP Selangor itu tidak berhikmah? Atau jika tiada, bagaimanakah hujahan akal yang rasyid yang begitu diberkati untuk menafikan dan menolak lilitan hikmah pada menghantar memorandum bantahan itu?

Anda hanya ada tiga, iaitu tangan, lidah dan hati dalam menentang kemungkaran. Pancarkan hikmah di tangan atau lidah anda melebihi hikmah di tangan dan lidah DPP Selangor.

Jika anda berhikmah sekadar dengan hati, nyahlah anda daripada persada perjuangan. Perjuangan cukup memeritkan jika bersandar pada iman yang lemah. Ia bukan sekadar melemahkan, bahkan menyesatkan.

Sekadar berkongsi pengalaman, saya pernah menyertai demontrasi membantah majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu anjuran pegawai PTN Kelantan yang diseliti majlis nyanyian oleh seorang artis wanita popular kurang 10 tahun yang lepas. Ia dihadiri ratusan orang yang kebanyakannya adalah pemuda – pemuda Islam yang penuh semangat anti kemungkaran. Berlaku penangkapan dan saya sempat menyelit dicelah keramaian melarikan diri ( takut le ) selepas memberikan selibas ucapan ‘ganas’. Kejadian disiarkan sebagai tajuk utama sebuah akhbar perdana keesokannya.

Ayahanda adalah MB. Kami berdemontrasi menentang tindakan pegawai kerajaan yang ayahanda adalah ketuanya. Selepas pulang daripada ‘persembunyian’ beberapa hari kemudian, ayahanda menyapa, “Inilah kerja anak muda yang ayah suka.” Wow, aku dapat markah!

AlhamduliLlah, Pegawai PTN belajar banyak daripada tindakan berani kami dan kami belajar pula erti berhikmah dalam dakwah.

Hikmah bukan bererti lembut. Hikmah itu lembut dan keras.

PAS adalah sebuah gerakan Islam. Kerjanya bergerak dan menggerakkan ke arah keagungan Islam. Ia bergerak menyatukan umat Islam di dalam Islam. Keagungan adalah dengan bersatu di dalam Islam. Kerja PAS adalah dakwah dan geraknya adalah gerak dakwah. Hikmah terbesar di dalam PAS adalah istiqamah. Ia tidak layu ketika rakan – rakannya layu. Ia bertahan ketika diasak dan ia bergerak ketika ruang diberi.

Yakini, selagi istiqamah pakaian PAS, hikmah adalah jahitannya.

Dari blog penarik beca, saya klik ke blog FT. Saya dapati beliau menyudahkan komennya terhadap DPP Selangor dengan tulisnya, PAS, kad persembahan markah kalian masih sifar.

Faisal, saya yakin Allah tidak sekedekut anda untuk memberi markah kepada teman – teman saya di Selangor dan saya yakin Allah tidak sepemurah anda untuk memberi markah kepada abang Roslan Aziz.

Saya temui hikmah itu dalam al Quran. Dan jikalah anda membaca al Quran sebagaimana anda membaca Hizbullah, itu pun mencukupi..

Tulisan ini memberi aku jawapan bagaimana dakawah dengan hikmah itu secara praktikal dengan kehidupan kita kini. Ya, memang aku bercita-cita untuk menjadi promoter Islam, modalnya mungkin banyak tapi kaedahnya mungkin pelbagai, tetapi skillnya atau seninya mungkin kurang dek keadaan atau waqi’ yang mencabar.

Jazakallahu khairan kathira ya ustaz.

4 Comments (+add yours?)

  1. msyafiqidris
    Jun 21, 2008 @ 07:29:03

    Assalamualaikum,

    Semenjak isu Mas Idayu dan Ella, saya sering berfikir dan menganalisis isu ini. Hampir setiap blog dan surat khabar telah saya belek untuk mendapatkan maklumat terkini, baik pro atau kontra.

    Saya lebih suka melihat isu ini daripada 2 berlawanan , iaitu aspek yang pro dan kontra (menyokong tindakan DPP Selangor dan membantah tindakan tersebut). Bukannya apa, saya melihat banyak anak-anak muda yang memperjuangkan Islam sekarang lebih cepat memberikan pandangan impulsive, daripada duduk sejenak memikirkan baik buruk satu-satu perkara. Bukannya saya mahu menghalang kita daripada bersikap inkuisitif dan bijak memberi pendapat, tetapi biarlah pendapat itu telah kita timbang tarakan antara baik dan buruknya dan pendapat itu terhasil daripada kajian yang mendalam.

    Berbalik kepada isu ini, mari kita telitikan apakah point-point yang perlu kita pertimbangkan. Pertamanya, mengapakah perlu kita membantah konsert ini?

    Semua orang Islam yang benar-benar mengambil Islam sebagai cara hidup mesti mengatakan HARAM kepada konsert melalaikan dan juga HARAM kepada percampuran lelaki perempuan tanpa batasan. Anda juga mesti mengatakan HARAM kepada penyanyi perempuan yang mengada-ada di atas pentas dan berpakaian seksi. Ini bertentangan dengan sifat seorang Muslimah. Secara tuntas, yang HARAM adalah jelas HARAM.

    Semasa kerajaan BN memerintah Selangor, kita penat-penat berdemonstrasi membantah konsert Jom Heboh, tetapi semasa kerajaan PR memerintah, kita mahu ambil pendekatan ringan saja dengan tidak membantah. Adakah tugas mencegah kemungkaran itu hanya ketika kerajaan BN memerintah sahaja. Semasa kerajaan PR memerintah, kita tidak mahu berdemo kerana nak menjaga hati rakyat. Ini salah! Yang salah itu tetap salah biarpun yang buat salah itu adalah daripada orang PAS sendiri!

    Di satu spektrum yang lain, dengan kita membuat bantahan akan pastinya mengundang padah kepada gerakan Islam itu sendiri. Mengapa boleh jadi sedemikian?

    Dalam era islam sering disalahertikan, tindakan berdemo secara keras pastinya memalitkan tohmahan bahawa Islam dan PAS itu Taliban, jumud, kolot dan ekstrem. Cuba lihat Malaysia Today dan anda akan menemui berbagai-bagai manusia yang begitu membenci Islam.

    Satu lagi isu yang perlu dilihat ialah masalah PAS yang terlalu sempit dalam berdakwah. Dakwah dalam PAS itu lebih dilihat kepada berdemo, membantah itu dan ini, protes. Di mana alternatifnya? Kalau konsert itu haram, apakah cadangan hiburan lain yang kita boleh bagi kepada rakyat. Satu lagi masalah ialah dakwah kepada artis yang terlalu kurang. Tidak hairan jika artis lebih berminat mengundi BN daripada PAS. Dalam PAS, mana boleh menyanyi, berlakon, menari dan sebagainya.

    Saya tidak berminat untuk memberikan pendapat saya dalam hal ini. Saya suka untuk mencari jalan tengah dalam hal ini dengan mengambil kira concern-concern yang ada. Fiqh Muwazanah adalah penting dalam isu ini. Tetapi, kita semua perlu bersetuju bahawa kewajipan dakwah dan penerangan tentang Islam tidak boleh kita ketepikan.

    Jzkk

    Reply

  2. msyafiqidris
    Jun 21, 2008 @ 07:31:03

  3. abadi sufaat
    Jun 21, 2008 @ 16:22:02

    wow.

    ya, berhikmah itu bukannya bertutur lembut indah budi bahasa. berhikmah itu imho kene pada audiensnya.

    nak coret panjang2 pun… hmmmm x pelah.

    teruskan menulis, ya?

    abadi

    Reply

  4. eye_knee07
    Jun 23, 2008 @ 06:21:44

    Wsalam wrbt,

    Terima kasih atas perkongsian pandangan.

    Inilah perkara yang sering berlegar-legar di kepala. Memang tindakan berani dan patut dipuji kerana berjaya menyatakan nahi munkar yang sukar dilakukan kini oleh kebanyakan orang.

    Baik di mana-mana,di peringakat kolej, persatuan pelajar,kampung, sehinggalah ke negara.Pengalaman memang mengajar.

    Bukan mudah kata HARAM kalau tidak diberikan yang HALAL nya?

    Dan bukan mudah untuk memberikan alternatif kalau tidak kena pada caranya.

    Tapi saya percaya ini merupakan satu learning step. Perkara-perkara ini mematangkan pelbagai pihak. Permulaan tidak selalunya indah.

    Walau bagaimanapun, kerisauan dan kesedihan tetap ada terhadap prestasi dan fitnah yang mudah ditaburi pelbagai pihak.

    Saya tidak berminat untuk mengkritik kalau kita tidak sama-sama berusaha menyelesaikan masalah yang ada.

    Memang ramai orang yang berfikir dan menulis, tapi berapa ramai yang berfikir dan bekerja as mua’amilin?
    Ini lagi satu trend yang semakin bosan.

    Semoga doa kita untuk istiqamah dan meng’izzahkan Islam memberi kemudahan pada Murabitun Islam di Malaysia.

    Wallahu’alam.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: