Islam Hadhari haram?

Agak ketinggalan dengan isu-isu semasa yang semakin hari semakin hot. Terbaru yang sempat dikejar adalah isu Islam Hadhari diharamkan oleh kerajaan Selangor.

Puas jugala memikirkan relevannya. Wajarkah tindakan itu ? Berfikir….

Islam Hadhari yang diwarwarkan oleh Pak Lah dan konco-konco JAKIM telah 4  tahun dilancarkan sejak 2004. Asalnya mungkin untuk memperkembangkan pengaruh BN yang mungkin mahu Islam dimajukan secara sederhana. Dulu mereka claim, ulama’ yang masuk poliik sesat kerana mencampur adukkan politik dengan Islam, hakikatnya, apa mereka betul, mengambil politik tanpa agama. tup, tup, sekarang nak buat Islam hadhari. Promote Islam melalui Islam Hadhari, ada baiknya, kerana orang makin kenal apa itu Islam…opss..makin kenal Islam ke atau makin kenal Islam Hadhari? Kan dah membingungkan orang ramai.(opps..sorry)

Firasat hamba, Islam Hadhari mempunyai nilai prinsipal yang cukup indah dibaca, ie: Beriman dan bertaqwa kepada Allah. Namun, hati ini masih mencari-cari di mana Islam itu dipraktikkan pada nilai hidup masyarakat hadhari di Malaysia. Apa mungkin Islam hadahari dilaksanakan sedangkan maksiat masih berleluasa ie: konsert sure heboh, akademi fantasia dan pusat hiburan yang lain masih beranak pinak. Amar makruf wa amar munkar.menyedihkan.

Walau pun Islam hadhari mungkin diterima sebagai agenda politik semata-mata tanpa pelaksanaan Islam yang syumul dalam sistem pemerintahan kini, wajarkah ianya diharamkan? Sekiranya dilihat dari konteks isinya yang baik dan kesan pengharamannya kepada masyarakat. Mungkin ada yang makin bertambah keliru. (kalau tak diharamkan pun dah ada yang keliru). Inilah jadinya apabila nama Islam itu dipolitikkan. Menerima Islam secara ‘sederhana’?  Muslim memang ekstremist ke?

Akhir kalam, aku melihat Islam hadhari hanyalah agenda politik yang perlu dihentikan tetapi tidak tahulah wajarkan diharamkan (menghukum). Aku dah tak larat nak ke ceramah perdana anjuran Jakim dan kroni-kroninya menceritakan tentang Islam hadhari. Banyak lagi isu-isu lain lebih awla untuk diceramahkan seperti hiburan, tujuan hidup, tazkiyatun nafs, ilmu-ilmu syariah dan hadis yang makin hilang serinya dek ceramah Islam Hadhari.

Islam hadhari wajar diharamkan atau dihentikan ? (boleh buat debate ni)

Wallahu’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: