Kini di Malaysia!!

Malaysia.

Bila disebut Malaysia, apa yang pertama datang dalam fikiranmu? Bagi kawan2 di perantauan, memang kampung halaman dan family must be in your list. Tak pun tiket pulang balik summer. haha. Akulah itu.

Sekarang aku di Malaysia. Orang sekarang kata ‘A New Malaysia’. Why?. Pasca Pilihanraya ke -12 menyaksikan kebangkitan dan kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu semasa di dalam negara agak baik. Tapi, masih banyak yang boleh dikembangkan. Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Penang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Negari-negeri yang sebelum ini tidak pernah aku fikirkan boleh jatuh dengan sekali pilihanraya. Hakikatnya begitulah, kalau mengikut sejarah tidak pernah ada sesebuah negara yang boleh berdiri dengan pemerintahan yang sama lebih 50 tahun( apa yang saya pernah dengar). Lagi-lagi kalau kerajaan itu sudah hilang taringnya.

Aku kini di Malaysia yang masih asing. Orang ‘barat’ banyak mengajarku bahawa budaya mereka lebih Islam daripada orang bergelar Muslim. Masa pergi hospital, baru aku kenal the true Malaysians. Sosial problems; drug addicts, pesakit yang makan panadol sbb nak commit suicide, minum arak dengan hebatnya memang ramai. Itu belum campur yang berada di luar hospital. Kadang-kadang aku terfikir, kesian dengan mereka, kadang-kadang aku tak tahu nak marah atau kesian. Bagaimana nak tolong mereka ni? waduh2, semoga doaku dapat memberi kekuatan untuk membantu mereka.

Pancaran UV memang aku alergik, bukan apa, nanti aku tidak dapat dikenali kerana kulitku semakin hari semakin memekat coklatnya. Lotion2 pencerah bukanlah pilihanku. Mungkin aku patut cuba, kalau tidak mak aku risau. Anak daranya kulit gelap, hahaha. Orang tua, ada2 ja. Perkara ini tidak menjad kerisauan aku ketika di Dublin.huhu..Masih Dublin-minded. Dush!! You are now in Penang, MALAYSIA!!

Mungkin nanti aku patut cerita bagaimana kehidupan aku sebagai pelajar perubatan di Penang Medical College. nantikan!!😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: