Terima kasih & Jazakallahu khairun
15 Apr 2010 3 Comments
in Personal
Mengimbau kembali zaman-zaman muda remaja di Dublin,
Ketika hari pertama di Dublin, aku menaiki Dublin Bus ’double decker’ untuk ke kelas, Universiti College Dublin, hati teruja dengan kecantikan dan keunikan pengangkutan utama aku dan rakan-rakan di Dublin.
~~Rindu pada Dublin Bus~~
” Masa nak turun bas nanti, jangan lupa cakap ’thank you’ kat driver, memang budaya kat sini,” pesan Kak Ain.
Maka aku melihat dan memastikan budaya baru yang aku belajar. Semua penumpang tidak lepas ucapkan thank you pada driver bus ketika turun bas. Waaa, kat Malaysia pun tak macam ini. Jumpa Islam di negara bukan Islam.
Maka saat itu, aku mula menilai, bagaimana kita perlu menghargai semua orang yang membantu kita dalam urusan harian. Muamalah harian yang sering terlupa disertai terima kasih.
Aku mula menghargai ucapan ini ketika di Dublin. Alhamdulillah, memang kehidupan aku di situ bergantung pada kawan-kawan dan penduduk Irish. Just say thank you to all of them and insya’Allah your day feels better.
“Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!” Demikian sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218.
Hadis ini mengajar kita untuk sentiasa “rendah hati” dan “ringan mulut” untuk mengucapkan terima kasih kepada siapa jua yang berbakti kepada kita.
Ucapan terima kasih ini nampak mudah dan saling terlupa nak sebut pada orang-orang sekeliling kita. Aku pun kadang-kadang kecik hati juga bila tolong orang tapi tak dibalas ‘terima kasih’. Buat baik tak semestinya dibalas baik. Kehidupan.
Kalau orang mengingatkan kita/ telefon kita untuk hal-hal yang kecil atau besar, ucaplah terima kasih.
Kalau orang kejutkan kita bangun tidur, ucaplah terima kasih.
Kalau orang ajak kita solat berjemaah, tegur kita, ucaplah terima kasih.
Kalau orang temankan kita makan, ucaplah terima kasih.
Kalau orang tolong mudahkan urusan jual beli, isi minyak, basuh kereta ucaplah terima kasih.
Kawanku pernah memberitahu, dirinya berasa kecil hati dengan seseorang, kerana tidak diucapkan terima kasih atas pertolongan yang diberikan sebaliknya dibalas muka yang masam mencuka.Mungkin kamu penat dan susah hati ketika menerima bantuan, JANGAN LUPA CAKAP TERIMA KASIH.
Just say thank you to anyone and everyone who treat you well and ease your day. Susahkah?
“Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai (kerana Allah).” [al-Adab al-Mufrad, hadis no: 594 dengan sanad yang hasan]
Ketika mula-mula mengenali usrah, aku mengenal perkataan ini, Jazakallahu khairan kathira. Di antara perkataan paling cantik yang aku pernah kenal dan aku sangat menghargainya. Alhamdulillah, segalanya di Dublin.
The beauty of this word lies in understand its meaning. When we say ‘Thank you’, we obviously intend to let others know how much we appreciate their help. And that’s the end of story.
But there more to it with Jazakallah Khairun. When we utter this word, we imply not only that we appreciate your help, but also that we don’t believe we could ever repay you for the help you offered and leave it on our Lord Allah to reward you with the very best.
To all Muslim and readers,
Jazakallahu khairan kathira for being my friend and read until here. =)
25: Umur itu Amanah
13 Apr 2010 Leave a Comment


“I’m sure you have more wishes for your future ahead, more meaningful, more significant” said Wei Nin. Only then, i start to think what should i wish?
She is not satisfied when i told her, i just want to pass my final exam!
Well, there are things that only Allah and me will know. Surely, 25 is a great number. Alhamdulillah, praise to Allah, i’m still alive and given opportunities to improve and ‘Amal.
Thanks and Jazakallahu khairan kathira for all prayers. The best gift for me is the best doa from good friends around me.
Big thanks for ” You Can Be The Happiest Woman in the World” book. It reached me at the right time.
” The happiness of the believer lies in loving Allah, and love for the sake of Allah brings deeper happiness whose taste is known to sincere believers who do not accept any substitute for it,” a treasure of reminders.
Beautiful lovely card from Dublin. Wishes in Facebook and mobile phone. Hrmm, somehow no cake for this year! But a small party in a hotel. Well, good. No booster for extracalories.
I pray May Allah blessed my life, ease my way in life, hold and keep my iman with Islam until my last breath.
عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ. (الترمذي)
Dari Abi Barzah al-Aslami r.a., dari Nabi s.a.w, sabdanya:
“Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang
Umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang
Ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang
Harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang
Tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?”
Biicaralah amalan kamu sebelum kamu dihitung dihadapan ALLAH
-Kalam dari Saidina Umar
Wallahua’lam
Atuk Ani…
13 Apr 2010 Leave a Comment
Pesan atukku,
”Ani, jadilah doktor. Atuk mahu lihat ani jadi doktor.” masih terngiang-ngiang pesan atukku 7 tahun yang lalu. ” Ani tak pandailah atuk” jawabku. ”Jangan kata macam itu, ini doa atuk dan nenek. Ani kena aminkan saja. Mana tahu makbul nanti,” balas atuk dan nenek. Aku hanya tersengih.
” Ani, nah ini duit raya special untuk ani,” setiap kali raya, aku dan abangku akan menerima sampul special dari atuk berlainan dengan cucu-cucunya yang lain. Aku tersenyum gembira.
”Ani, belajar rajin-rajin. Atuk doakan ani berjaya dalam pelajaran.” pesan atukku di hujung talian setiap kali aku menghubunginya di perantauan. Terharu aku dengan doanya.
”Ani, atuk tak suka ani balik malam-malam dari penang. Awak tu perempuan, bahaya,” pesan atuk setiap kali aku melanggar pesannya. Aku hanya mampu tersenyum & melanggar pesannya ini hampir setiap kali. Bukan mudah untuk aku dapat peluang pulang dari Penang kalau tidak selepas 5pm.
”Ani, atuk sayang ani, belajar rajin-rajin” Ciuman dan pelukan terakhir atuk 7 hari sebelum atuk ’pergi’. Aku masih tidak menangkap tanda-tanda akhir itu, kerana atuk memang kaya dengan ciuman dan pelukan kasih sayang buat cucu-cucunya.
Aku masih teringat pesananku, ”Atuk jaga diri baik-baik. Insulin cucuk 30 minit sebelum makan. 1 Pagi dan 1 petang. Jangan tak makan lepas cucuk.” Sambil-sambil tanganku mengurut lengan kirinya yang sakit akibat serangan ’Unstable Angina’.
5 hari selepas itu, aku menerima mesej dari ayahku, ” Atuk sakit tenat” (2am, 26 Mac 2010). Hatiku tidak tenang, lantas aku bangun berdoa agar semuanya dipermudahkan untuknya. Aku nekad untuk pulang meninggalkan kelas di Penang apabila diberitahu, atukku intubated dan diserang jantung. Hati masih menafikan, dan berharap semuanya ok.
Aku hanya berpeluang melihat atukku terbaring lesu, bertemankan PEEP, intubated, cardiac and vital signs monitoring machine di CCU. Walau pun sudah biasa melihat pesakit2 di hospital yang sebegini, hatiku sangat tersentuh melihatkan ST-elevation, hypotension and tachycardia readings bersama-sama morphine, midazolam, aderanaline dan heparin infusion di sisi katil atuk. Paling menyedihkan apabila mengetahui dia berada separa sedar tetapi tidak mampu respon dan hanya gerakan-gerakan jari-jemari dan air mata untuk berinteraksi. Melihatkan keadaan atuk di CCU amatlah memilukan, hanya doa yang dapat diberikan. Aku tak sanggup melihat atuk dicucuk sana-sini semata-mata untuk membantunya hidup yang aku tahu semakin tipis. Biarlah atuk hidup atau pergi dengan tenang. Akhirnya, 6.20pm, 28 Mac 2010, aku redha dengan air mata melihat resuscitation dan asystole di ECG. Bukan mudah untuk membiarkan satu-satunya atuk tempat aku bermanja dan sumber kekuatan cita-citaku pergi.
”Ani, lepas ani grad kita buat kenduri kesyukuran,” aku masih teringat cita-citanya itu ketika aku mempelawanya ke majlis graduasi aku nanti.
” Ani, duduklah dengan atuk kalau ani dah kahwin nanti,” pelawa atuk. Tak usah tunggu ani kahwin atuk, lepas grad memang ani dah plan nak jaga atuk. Tapi, atuk pergi dulu.
Ani sedih, atuk tidak dapat hadir di majlis graduasi ani. Ani berjanji untuk tidak mengecewakan atuk. Ani berharap atuk masih dapat doakan ani berjaya dunia dan akhirat.Ani tahu atuk sayang ani. Ani sangat sayangkan atuk. Ani minta maaf kalau ani buat salah pada atuk. Semoga roh atuk bersama-sama dengan orang-orang yang soleh. Semoga urusan atuk di sana dipermudahkan Allah. Insya’Allah, Ani akan sentiasa sedekahkan doa untuk atuk & nenek selagi jasad bernyawa.
Cucu Atuk,
Ani =)
Recent Comments