Ramadhan Mubarak

3844486517_33aaafe812_o

“Selamat Menyambut Ramadhan Nonee. Diet, diet gak. Jgn salah niat puasa :-P hehe. Hopefully kita semua dapat berkat Ramadhan.Amin.–Wani, a cute girlfriend of mine.

-Thanks alot Wani. Actually, i haven’t started my diet wish. Its still a plan without a time to start.

“To all muslim friends, selamat ramadhan! Wishing ramadhan be with u and always! And may u enjoy buka puasa with your family and friends!!:)” –Emily, a very nice & cute Chinese friend of mine.

-I hope u can wear a very nice baju kurung as what u wished in Baling before during raya celebration.

And the wishes go on….

Alhamdulillah, I really appreciate the wishes and doa upon celebrating the very blessed month of Ramadhan. I gratitude my highest appreciation to Allah for letting me to meet this Ramadhan of 1430H with beautiful and kind peoples around me!!

I hope this is still not too late to wish my dear visitors Marhaban Ramadhan 1430H! Ramadhan Mubarak al-Karim.

O People! The month of Allah (Ramadhan) has approached you with His mercy and blessings. This is the month that is the best of all months in the estimation of Allah. Its days are the best among the days; its nights are the best among the nights. Its hours are the best among the hours.

I hope we can grab the opportunities to improve ourselves and becoming a better Muslim, closer to Allah and stay far away from maksiat.

May Allah bestow on us his blessings and guide us to fast the month of Ramadhan praying to Him and reciting His holy book.

A Happy Ramadhan with the very Blessed from Allah!

Bolehkah aku berubah?

”Doktor, doktor rasa boleh ke orang macam saya ini berhenti ambil dadah?” tanya seorang pesakit dadah tegar kepada saya.

”Mengapa tidak boleh?” respon saya.

” Doktor ada keluarga atau saudara yang ambil dadah ke?” tanyanya kembali.

”Setahu saya tak ada.” jawab saya.

” Bukan apa, orang kata kalau cakap memang senang, tapi orang yang kena ini ingat senang ke nak berubah,” jawab pesakit itu kembali. Saya hanya tersenyum.Lalu menjawab:

” Semua orang dalam kehidupan ada naik turunnya. Kalau awak diuji dengan kehidupan awak sebegini, awak rasa kehidupan kami ini gembira sahaja. Untuk saya berada di tahap ini, belajar untuk menjadi doktor bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Silap langkah akan kecundang juga. Saya tak rasa awak perlu fikir mampukah awak berubah.Yang penting tanya pada hati awak. Adakah awak benar-benar mahu berubah. Untuk dapat kekuatan itu, awak perlu banyak berdoa dan berusaha. Tambah-tambah kita ini orang Islam. Malah saya tak nampak kenapa awak perlu risau, kita ada ramai bekas penagih dadah yang berhenti, kita ada rekod, bukan cakap kosong sahaja” jawapan spontan untuk membantunya.

”Itulah, saya pun sekarang rasa gembira juga belajar dan dengar kuliah-kuliah agama di surau sini.”katanya.

”Baguslah. Kita ini orang Islam kena banyak ilmu. Baru boleh maju. Baru boleh kuat.” pesanan saya untuk diri sendiri juga.

Kadang-kadang terasa macam terlebih dewasa untuk menasihati orang yang berumur lebih tua dari diri sendiri. Apakan daya, memang sudah menjadi sebahagian daripada tugas dan kehidupan.

Lawatan sehari ke Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam yang dulu dikenali sebagai Pusat SERENTI (SERENtak berhenTI) memang banyak mendedahkan kami kepada kaedah ”Therapeutic Community” dan sistem di situ. Kami berkesempatan mengikuti perhimpunan pagi di situ.Mereka dilatih untuk bercakap dengan yakin di hadapan, menyatakan kesalahan, mengaku kesalahan, menegur sahabat dan menyatakan pengajaran daripada kesalahan tersebut.

” Famili, saya (ID NO) . Insiden, kepada mana-mana famili yang telah membuang tisu di koridor asrama Aman, sila bangun.” Pesalah pun akan bangun. ”Famili, kenapa hendak lakukan perkara ini. KESAN daripada tindakan famili akan menyusahkan orang lain. Persekitaran tidak bersih. MASA SILAM: Kalau dulu masa silam, kita tak peduli tentang kebersihan. Kita berubahlah.PRIHATIN: Sekarang kita perlulah lebih prihatin. Janganlah buang sampah merata-rata tempat. MINDA: Minda perlulah bersih. FALSAFAH:……………. Kerana sikap ini pun ada pada saya , maka sama-samalah kita berubah.” Itulah lebih kurang isi-isi yang akan mereka cakap dalam sesi teguran atau muhasabah terhadap famili mereka. Dari isu sekecil-kecil tidak buang tisu dalam tong sampah, terlupa buang plastik sabun sehinggalah isu tidak memulangkan kole asrama.

Memang benarlah, lebih 80% warga PUSPEN adalah orang Islam. Daripada 48 PUSPEN di Malaysia, hanya satu pusat PUSPEN untuk wanita. Yang lainnya hanyalah mereka yang bergenetik XY, lelaki.

Sekadar peringatan buat pembaca dan diri ini. Masih banyak tanggungjawab untuk kita sedarkan masyarakat tentang masalah ini. Yang diperlukan adalah bantuan dan bimbingan, bukan wang ringgit dan kritikan semata-mata!!

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

(ar-Ra’d : 11)

Wallahua’alam.

Dia bernama Facebook…

Facebook helps you connect and share with the people in your life.”  -Facebook

Facebook telah menjadi satu lagi trend golongan muda kini sebagai satu jaringan sosial yang efektif. Maka tidak hairanlah, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg hari ini menyatakan jumlah mereka yang menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian itu meningkat kepada 250 juta orang.

Sehinggalah ada desas-desus yang menyatakan ianya bakal difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI). Kisah yang hampir serupa dengan isu Friendster tidak lama dahulu. Walau bagaimanapun, setelah diselidiki, ianya tidak lebih daripada satu khabar angin:

Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Kalimantan Selatan (Kalsel), Prof H Asywadie Syukur Lc, berpendapat, keberadaan facebook (salah satu sarana komunikasi lewat dunia maya) bisa haram dan tidak.[1]

Alhamdulillah, ini merupakan pendapat yang adil. Haram, halal atau harusnya teknologi zaman sekarang amat bergantung kepada niat dan cara kita menggunakannya. Jika kita menggunakannya ke arah maksiat, maka itulah yang kita dapat. Namun sekiranya kita menggunakan kelebihan teknologi yang ada masa kini untuk tujuan yang lebih mulia dan bijak, semakin bertambahlah bentuk dakwah yang terbuka.

Misalan yang sama sekiranya kita punya wang yang banyak. Adakah haram punya wang yang banyak? Ianya menjadi harus sekiranya kita gunakan wang untuk menyara kehidupan keluarga, sedekah dan pembangunan Islam. Tapi, sekiranya kita gunakan untuk berjudi, tidak bayar zakat, membeli arak dan berjoli, sudah nyata ianya adalah haram

Penulis sendiri agak teruja dengan aplikasi facebook yang ’user-friendly’. Pengenalan Birthday reminder, notes, games, ucapan kepada kawan, pelbagai hadiah untuk kawan, kuiz, messages, facebook groups, RVSP for events dan banyak lagi dilihat sebagai satu daya penarik untuk penggunanya. Sedikit sebanyak penggunaannya dapat melekakan dan boleh menjurus kepada perkara yang sia-sia yang membuang masa. Jika dilihat daripada sudut ini, pengguna seharusnya bijak menilai dan memiliki kemudahan yang disediakan. Jangan salahkan facebook semata-mata andai kita terlalai, bagaimana pula dengan yahoo messenger, youtube, myspace, blogging, panggung wayang dan komik dengan tarikannya tersendiri. Walau bagaimanapun, penulis tidak menafikan kemudahan tagging gambar di facebook sedikit sebanyak menjadi punca fitnah kerana kesukaran untuk dikawal. Malah kebanyakan kuiz yang berbentuk hiburan mampu melekakan. Kata orang, tepuk dada, tanya Ima

Maka apa yang kita boleh lakukan untuk memanfaatkan facebook? Jawapannya pastilah pelbagai, kita sebagai pengguna perlulah sedar dan bijak menggunakan peluang ini untuk berada dalam golongan yang beruntung. Maka, penulis mengesyorkan beberapa cadangan yang diambil daripada blog seorang sahabat:

  • Dakwah dan nasihat.  Kita boleh menggunakan buletin, status atau apa-apa aplikasi yang bersesuaian untuk menyampaikan mesej agama kepada rakan-rakan dalam lingkungan jaringan sosial yang kita sertai.  Secara tidak langsung, kita menjadi antara penyumbang kepada suasana yang sihat di dalamnya.

“Demi masa.  Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian.  Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” (al-Asr: 1-3)

Dari Abu Ruqoyyah Tamiim bin Aus Ad-Daari radhiALLAHU’anhu, sesungguhnya Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: ”Agama itu adalah nasihat”. Kami (sahabat) bertanya: ”Untuk siapa?” Beliau bersabda: ”Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin-pemimpin umat islam, dan untuk seluruh muslimin.” (HR.Muslim)

  • Berkongsi ilmu dan tips.  Tidak kisahlah ilmu atau tips berkaitan apa pun asalkan bersesuaian .  Contohnya tips belajar, mempertahankan diri, masakan, keselamatan jalanraya, kewangan dan lain-lain.  Kita akan menjadikan masyarakat yang lebih produktif dan sejahtera apabila ramai mempunyai tahap keilmuan yang tinggi.
  • Berkongsi berita tentang apa yang berlaku sekeliling kita.  Berita-berita yang kita sebarkan kepada rakan-rakan bakal menjadikan kita masyarakat yang prihatin.  Sebagai ahli dalam komuniti muslim, kita sewajarnya mengambil tahu akan nasib yang berlaku terhadap saudara seagama kita di dalam dan luar negara.  Selepas tahu, beritahu pada yang belum tahu.
  • Buat pengumuman majlis ilmu.  Kadang-kadang kita memandang remeh akan pengumuman seperti itu.  Tetapi percayalah, pasti ada di kalangan ahli Facebook yang sangat gembira dengan pengumuman itu.  Mereka pergi asbab dari pengumuman yang telah kita buat.  Walaupun kita tak pergi disebabkan bermacam-macam sebab, tetapi ganjaran ALLAH kerana kita menyebarkan pengumuman itu, sudah tertulis.  Apatah lagi jika rakan-rakan kita pergi, lagilah bertambah ganjaran pahala (mudah-mudahan), alhamdulillah.
  • Bertegur sapa di kalangan ahli jaringan.  Bertegur sapa dan bertanya khabar akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama insan.  Ia akan mewujudkan mahabbah dan ukhuwwah yang kuat walaupun sekadar di alam siber.  Tetapi awas, janganlah kita melampaui batas dalam bertegur sapa.  Jagalah adab dan akhlaq.  Lelaki dan perempuan harus ada rasa malu.  Dan jaga-jagalah akan gambar yang kita muatnaikkan (upload), terutama gambar-gambar perempuan.  Elakkan dari memuatnaik gambar-gambar yang boleh menimbulkan fitnah.
  • Dan banyak lagi…

Menarik bukan? Mudah-mudahan, fikiran kita lebih terbuka, hati lebih teruja dan bersedia berkhidmat menggunakan teknologi masa kini dalam penyebaran ilmu.

“Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (al-Baqarah: 148)

Kata-kata pujangga Muslim:

اَلْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُوْءمِنُ فَأِيْنَمَا وَجَدْتَهَا فَخَذْهَا

Maksudnya : Kebijaksanaan ( hikmah ) itu, adalah barang kehilangan kaum muslim. Justeru di mana sahaja kamu jumpa berusahalah mengambilnya kembali.

Berlumbalah menjadi Muslim yang bijaksana!!!

Wallahu’alam.