Hati tersentak dengan tulisan seseorang,
“Public figures including politicians who never update their blogs neither their facebook should stay offline. You are fooling the people, including yourselves”- kata org itu.
Tulisan ini sekadar membakar semula semangat yang makin malap dalam buat diri ini terutamanya sahabat-sahabat di PMC.
Saya sedih kerana saban hari, saya semakin gagal untuk istiqamah dalam usrah, halaqah dan kerja dakwah.
Nilai dakwah amatlah tinggi, kerana ia adalah tuntutan Ilahi, yang Maha Berkuasa. Masakan nilai tinggi ini dapat dijual beli dengan mudah. Sudah pasti perlukan pengorbanan dan dihiasi mehnah dan ibtila’(halangan). Ia adalah sunnah pendakwah terhebat, Rasulullah saw.
Mana mungkin ada jalan pintas untuk sebuah kemenangan yang kekal ke syurga.
“Nescaya kami akan menguji kamu ( memberi ibtila’ ) sehingga maklum kepada kami , mereka yang berjuang dan bersabar dikalangan kamu dan kami mengetahui keadaan sebenar kamu.” (Surah Muhammad : 31)
“Apakah kamu menyangka bahawa kamu dibiarkan memasuki syurga secara percuma sedang belumlah maklum kepada Allah , orang – orang yang berjuang dan bersabar dikalangan kamu .” (Surah Al- Imraan : 142)
Oleh itu, saya telah berjaya mendapatkan petua untuk kita memupuk semangat positif dalam berdakwah:
1- Yakin Islam ini pasti akan menang ,
2- Kalah pilihanraya bukan berakhir segalanya ,
3- Belajar dari kesilapan dan merangka plan tindakan ,
4- Teguran adalah cermin untuk muhasabah
5- Pujian adalah motivasi untuk meningkatkan prestasi
6- Musibah mendewasakan diri
7- Halangan mematangkan tindakan
8- Saingan bukan permusuhan
9- Merangka plan penyelesaian walau sekajang kertas adalah lebih baik daripada meriwayat kesilapan dan masalah berkitab-kitab.
Oleh itu, adalah perlu kita membuang beberapa sikap negatif yang bakal memunahkan semangat dan cita-cita Islam:
1- Kecewa terhadap kegagalan ,
2- bosan kerana kurang diberi perhatian ,
3- letih melayan “jadual padat” perjuangan ini ,
4- tertekan berhadapan dengan karenah anggota ,
5- Melatah dengan provokasi musuh ,
6- Tidak sabar dengan tempoh kemenangan ,
7- Mudah terpedaya dengan propaganda musuh ,
Kesimpulannya, ayuh kita belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya. Kita perlu tinggalkan masa untuk maksiat dan sia-sia.
Masa yang ada perlulah diisi dengan dakwah seperti halaqah.
“ Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.
Hadiah dari kawan, sebuah buku berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah « Motivasi Minda : Blog Penulis Buku di Malaysia :: ZAMRI MOHAMAD said,
05/11/2009 at 6:55 pm
[...] blog Cik Banafsha. Doa Saidina Umar Al Khattab, “ Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di [...]