Berakhirnya Agenda Zionis..

“Perhimpunan seluruh rakyat Malaysia di PWTC pada hari ini merupakan   kemuncak jihad kepada isu zionis di seluruh dunia. Jika sebelum ini isu ini hanya dibincangkan di surau-surau kecil atau  masjid biasa, hari ini kita telah berjaya melakukannya di PWTC, ” kata S.S Dr. Juanda Jaya, Mufti Perlis yang baru.

Saya begitu teruja dengan kehadiran lebih 3000 orang di PWTC pada 9 Mei 2009 yang lalu. Rata-rata, pemuda-pemudi kampus berbondong-bondong dengan bas kolej masing-masing, tidak kurang makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang begitu bersemangat datang dari jauh menunjukkan sokongan.

Seawal 4 pagi, saya dan housemate telah memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Ketika singgah di Tapah untuk solat Subuh, saya terserempak dengan segerombolan warga muda, tua , lelaki dan perempuan turun dari bas dan kereta masing-masing menuju ke surau. Mereka yang berpakaian serba kemas, berbaju kurung, bertudung labuh, berbaju batik, berkupiah seolah-olah akan ke kenduri perkahwinan. Selesai bersolat, saya terlihat t-shirt ‘Save Gaza’ dipakai oleh sebahagian mereka. Hrm, i had the strong feeling that these people will be in the same occasion with me. And yes, i really saw them during the event. Subhanallah, i really pround with the Malaysians!

Konvenkesyen ini merupakan perbincangan ilmiah/ kertas kerja kedua yang saya hadiri untuk Palestin. Selepas yang pertama di Dublin anjuran PPIMI “Palestine at a glance”. Memang banyak ceramah-ceramah di surau-surau yang pernah dihadiri, tetapi, saya inginkan perbincangan atas kajian ilmiah dari  sumber yang sahih dan membawa kepada faham dan tindakan. Kempunan mendengar talk dari Dr. Azzam Tamimi sejak dari Ireland lagi telah tertunai pada tarikh ini.

Memang banyak isu dibincangkan, saya cuba ringkaskan di sini:

  • Zionis adalah sebuah pemikiran atau idea, bukan agama. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai idea zionis, palestin perlu diberikan kepada Israel tidak kira agama apa sekali pun adalah zionis. Jangan terkejut sekiranya terdapat zionis muslim…Saya bersetuju dengan pendapat ini.
  • Idea penaklukan palestine oleh Yahudi ini merupakan propaganda British. Yahudi dan Muslim menjadi mangsa keadaan.
  • Protokol Yahudi yang telah saya bentangkan dalam usrah rupa-rupanya merupakan idea palsu yang tidak dapat ditemui sumber asalnya. Saya agak kecewa dengan hal ini. Namun, kajian lanjut akan saya usahakan sekiranya diberikan peluang.
  • Konsep Israel Raya mula dicanangkan semasa Persidangan Zionis Sedunia di Basel, Switzerland pada 1897 oleh Theodore Hertz.
  • Agama Yahudi tidak pernah menyuruh orang Yahudi mengambil bumi Palestin, mereka hanya dibenarkan untuk berada di tinggal sekiranya Nabi Isa telah turun ke bumi Palestin.
  • Pemuda Islam di Yahudi sangat berjiwa jihad. Mereka sangat yakin pada janji Allah. Tentera Israel sudah semakin lemah, buang air pun dalam kereta kebal.(erk, perlu ke disebut?)
  • Usaha kita?perlu teruskan usaha memboikot, menyumbang dan berdoa.

Sebenarnya banyak lagi ingin dikongsi, tangan sudah penat menaip, mata sudah kuyu, tenaga perlu disimpan untuk exam OnG di hari kelima nanti.

Di sebalik perhimpunan ilmiah, saya gembira kerana telah berjumpa semula dengan kawan-kawan sekolah, satu kolej, satu universiti, satu program dan satu Bangi. hehe..gembira bukan kepalang, kerana mereka hadir menyahut satu semangat jihad atas fikir yang sama.

Wallahu’alam.

Nilai Positif dalam berdakwah…

Hati tersentak dengan tulisan seseorang,

“Public figures including politicians who never update their blogs neither their facebook should stay offline. You are fooling the people, including yourselves”- kata org itu.

Tulisan ini sekadar membakar semula semangat yang makin malap dalam buat diri ini terutamanya sahabat-sahabat di PMC.

Saya sedih kerana saban hari, saya semakin gagal untuk istiqamah dalam usrah, halaqah dan kerja dakwah.

Nilai dakwah amatlah tinggi, kerana ia adalah tuntutan Ilahi, yang Maha Berkuasa. Masakan nilai tinggi ini dapat dijual beli dengan mudah. Sudah pasti perlukan pengorbanan dan dihiasi mehnah dan ibtila’(halangan). Ia adalah sunnah pendakwah terhebat, Rasulullah saw.

هذا الأمرُ تَكْرَهُهُ الْمُلُوْك و تُحاَرِبُكَ العرَبُ و العَجَم
Perkara ini ( ajaran tauhid yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw ) adalah suatu yang sangat dibenci oleh pemerintah dan kelak kamu akan diperangi oleh orang – orang Arab dan bukan Arab .

Mana mungkin ada jalan pintas untuk sebuah kemenangan yang kekal ke syurga.

“Nescaya kami akan menguji kamu ( memberi ibtila’ ) sehingga maklum kepada kami , mereka yang berjuang dan bersabar dikalangan kamu dan kami mengetahui keadaan sebenar kamu.” (Surah Muhammad : 31)

“Apakah kamu menyangka bahawa kamu dibiarkan memasuki syurga secara percuma sedang belumlah maklum kepada Allah , orang – orang yang berjuang dan bersabar dikalangan kamu .” (Surah Al- Imraan : 142)

Oleh itu, saya telah berjaya mendapatkan petua untuk kita memupuk semangat positif dalam berdakwah:

1- Yakin Islam ini pasti akan menang ,
2- Kalah pilihanraya bukan berakhir segalanya ,
3- Belajar dari kesilapan dan merangka plan tindakan ,
4- Teguran adalah cermin untuk muhasabah
5- Pujian adalah motivasi untuk meningkatkan prestasi
6- Musibah mendewasakan diri
7- Halangan mematangkan tindakan
8- Saingan bukan permusuhan
9- Merangka plan penyelesaian walau sekajang kertas adalah lebih baik daripada meriwayat kesilapan dan masalah berkitab-kitab.

Oleh itu, adalah perlu kita membuang beberapa sikap negatif yang bakal memunahkan semangat dan cita-cita Islam:

1- Kecewa terhadap kegagalan ,
2- bosan kerana kurang diberi perhatian ,
3- letih melayan “jadual padat” perjuangan ini ,
4- tertekan berhadapan dengan karenah anggota ,
5- Melatah dengan provokasi musuh ,
6- Tidak sabar dengan tempoh kemenangan ,
7- Mudah terpedaya dengan propaganda musuh ,

Kesimpulannya, ayuh kita belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya. Kita perlu tinggalkan masa untuk maksiat dan sia-sia.

Masa yang ada perlulah diisi dengan dakwah seperti halaqah.


Doa saidina Umar alKhattab
Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.
Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.
Semoga aku sentiasa istiqamah dan diredhaiNya.
Sambil belajar OnG, saya membaca buku “Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah”. Hadiah daripada Fadhilah..hehe.
Jazakilllah…