Sang Marah

Sang Marah.

Semua takut dan benci pada Sang Marah. Apelah nasib sang marah.

Tapi, sang marah sejak akhir-akhir ini amat popular di Malaysia.

Setelah apa yang berlaku di Palestin, kini sang marah sangat popular di negeri Perak. Malah sang marah selalu mengunjungi diri penulis.

Adeh, cerita pasal sang marah pula.

Kalau bercerita pasal politik, memang mendatangkan marah. Kadang-kadang terfikir, ramai rupanya orang jahat dekat dunia ini. Ayah saya pernah cakap, jangan jadi polis, cari salah orang aje. Saman sana, tembak sana, tambah-tambah kalau dapat ketua polis yang jahil, buta tuli je buat kerja. Seolah-olah tak tahu mana betul, mana salah. Nampaknya ada bias di sini. Bukan semua polis begitu. Ramai jugak polis-polis yang boleh dibuat laki, hehe.

Perjuangan Politik Malaysia

Satu tajuk yang agak berat untuk dibincangkan oleh penulis. Dahulu, hal politik memang menjadi ignorance di kebanyakan masyarakat Malaysia termasuklah diri ini. Malah, perkara ini seakan hilang arah tujuan dan tiada cara untuk mendekatinya. Saya benci untuk nyatakan pihak mana yang bersalah. Pokoknya, tanya diri sendiri, apa yang telah disumbangkan pada politik tanah air?

Kini, saya melihat arus kesedaran politik semakin deras. Sudah ramai yang berani tampil untuk menuntut hak sebagai rakyat. Walau bagaimanapun, kesedaran politik yang ada perlulah tampil kerana agama, bukan kerana self-interest, bukan kerana dendam, bukan kerana benci. Berpolitik tanpa ilmu agama dan kemahiran, inilah natijahnya, rakyat ramai yang keliru.

Berceramah di masjid membicarakan tentang iman tetapi dengan tidak semena menyalahkan pemimpin kerana tidak beriman. Rakyat keliru. Rakyat benci. Rakyat tidak peduli. Hakikatnya ilmu iman yang perlu diterapkan pada rakyat. Supaya rakyat jelas apa itu iman dan tanggungjawan pemimpin yang beriman. Setidak-tidaknya rakyat yang beriman dapat menjadi pemimpin yang beriman nanti.

Walau apa pun terjadi pada politik tanah air, menjadi tanggugjawab setiap muslim untuk menegakkan kebenaran demi agamaNya. Bukan mengambil sikap tidak pedulisme. Biar dengan apa cara jalan dan jemaah yang dipilih, menegakkan kuasa Islam itu wajib. Jangan ditunggu iman itu datang, sebaliknya carilah Iman itu dengan amalan. Rezki adalah milik Allah, tanpa usaha pun Allah mampu berikan rezeki. Pokoknya iman.

Kini bukanlah masa untuk menuding jari siapa yang salah, hakikatnya umat Islam memang perlukan kekuatan untuk bersatu. Kekuatan itu perlu dicari bukan datang dengan sendiri. Usah ditanya berapa ramai Muslim yang solat berjemaah di masjid dan keluar untuk berdakwah, berapa ramai Muslim yang menjaga 5 solat di awal waktu? Inilah tiang yang perlu ditegakkan dan dengan doa, senjata Muslim akan sentiasa kukuh. Buktinya bumi Palestin, mereka tidak bersenjata, tetapi dengan rahmat dan doa mukmin, bumi itu masih milik Islam. Allahu Akbar!!

Yang berdoa supaya si Najib segera faham dan mengamalkan agamaNya untuk kesejahteraan diri sendiri, keluarga, agama dan negara sebelum nak jadi PM. Ameen.