monolog..

Semakin nak exam, semakin tangan rajin menulis blog.

Ada masalah meletakkan priority sekarang. Ada juga masalah buta IT, tiba-tiba terasa banyak kena belajar untuk menghasilkan blog yang bermutu. Sebenarnya ini adalah azam tahun 2008, untuk belajar buat blog.

Kepada pembaca, nak minta maaf:

1. Technical errors and grammatical errors in my writing, bukan kehendak penulis, masih bertatih menulis dengan cepat dan tepat.

2.Teruskan membaca dan memberi komentar. Terima kaceh.

Last but not least, i have my final forensic and legal medicine in 4 more days, make dua for me!

Banafsha’s owner is reading her legal notes..

Siapa paling kejam…

Siapa paling kejam…

Tiga orang sedang bertanding untuk melihat siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu dan akhirnya perempuan itu pengsan.

Dia perpusing menghadap dua lelaki yang lain, dan berkata,Akulah orang yang paling kejam“.

Lelaki kedua pantas bangun dan merogol perempuan itu dan terus memukul perempuan itu sehingga perempuan itu mati. Dan dia berkata “tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku“.

Lelaki ketiga pula bangun dan senyum dan menjawab “Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku

Perempuan itu adalah Palestin.
Lelaki pertama ialah Amerika.
Lelaki kedua adalah Israel.
Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

*Penuh ironi, sumber blog di internet (ada ke blog bukan di internet?)

Qunut Nazilah

Salam’alyaik,

Setelah berumur 23 tahun baru saya mengetahui wujudnya satu lagi qunut dalam solat. Selain qunut subuh dan qunut dalam solat witir ketika 15 malam terakhir Ramadhan, rupa-rupanya terdapat qunut Nazilah.

Alhamdulillah, ada ilmu baru untuk dikongsikan bersama kawan-kawan:

DEFINISI QUNUT NAZILAH

Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah:

“Suatu doa di dalam solat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri.” (Fathul Bari 2/490.)

Dan Nazilah ertinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

HUKUM QUNUT NAZILAH

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman. Sunnah qunut nazilah ini merupakan pendapat para ulama dari madzhab Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah, Hanbaliyyah dan lain-lainnya.

Imam Syafi’i rahimahullah berkata:

“Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh shalat wajib.” (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:

“Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan oleh orang yang dibelakangnya.” (Al-Mughni 1/450).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:

“Di kalangan ulama ada tiga pendapat tentang qunut. Yang paling benar dari tiga pendapat tersebut, qunut disunnahkan ketika ada keperluan.،¨ (Taudhih Al-Ahkam).

Pendapat-pendapat diatas tentunya berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 sahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu riwayat Bukhari-Muslim.

LAMANYA QUNUT NAZILAH

Dalam hadis Anas bin Malik riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Ibnu Abbas riwayat Abu Dawud dengan sanad hasan dan lain-lainnya, menunjukkan bahwa Nabi Muhammad SAW pada peristiwa pembunuhan 60 sahabat penghafal Al-Quran, baginda berqunut selama sebulan. Namun hal ini tidaklah menunjukkan bahwa perlaksanaan qunut nazilah hanya terbatas selama sebulan, kerana dalam hadis Abi Hurairah ra, riwayat Bukhari-Muslim, juga hadis Baro bin Azib, Hifaf bin Ima’ riwayat Muslim serta hadis Anas bin Malik riwayat Ibnu Khuzaimah dan hadis-hadis lainnya menjelaskan dalam bentuk umum dan tidak menunjukkan batasan sebulan. Maka dapat dibuat kesimpulan bahwa qunut nazilah tetap dilaksanakan sampai musibah dan kezaliman tersebut diangkat dari kaum muslimin. Dan ini merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad hafidzohullah.

WAKTU QUNUT NAZILAH

Dari hadis-hadis yang menjelaskan tentang qunut nazilah dapat diambil kesimpulan bahwa petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam pelaksanaan qunut, iaitu beliau melakukan qunut nazilah pada seluruh solat-solat wajib dan beliau lebih mengutamakan pelaksanaannya pada solat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi beliau tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh shalat lima waktu sekaligus. Ini merupakan fatwa dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Qunut nazilah dapat dilaksanakan sebelum ruku’ atau setelah ruku’ di dalam sholat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku’ lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam. Dua cara ini dicontohkan oleh Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam dalam hadis-hadis beliau yang mulia

LAFAZ QUNUT NAZILAH

Tidak ada hadis dari Nabi shallallahu `alaihi wa sallam yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Siapa yang menelaah pendapat-pendapat para ulama, nescaya ia akan mendapati para ulama memberi keluasan dalam perkara ini. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan.

Terdapat pelbagai bacaan qunut nazilah yang disyorkan oleh beberapa ustaz, tetapi, saya memilih untuk cuba menghafal yang di bawah.

qunut-nazilah

Dan ini adalah terjemahannya:

qunut-nazilah-translation

Keamanan seorang Muslim hanyalah satu realiti sekiranya keamanan seluruh Muslim di dunia ini terpelihara, kerana kita dan mereka adalah saudara.

Marilah kita cuba ‘amalkan, kerana inilah sumbangan terkecil yang mampu diusahakan…

For the Gazans, for the Palestinians, my doa and all the Musleem brothers’ and sisters’ doa always with you..and Allah always be with the sobiruun..

selamatkan-palestin

“Injustice anywhere is  injustice everywhere”

My Opthalmology exam..

This is my story on my clinical opthal exam:

mata

Alhamdulillah, pesakit saya seorang pembantu perubatan, Melayu lelaki. Communication should be no problem. Terasa lama clerk pak cik ini hanya ade corneal ulcer. Non-diabetic and on fundoscopy memang semua nampak normal. Setelah present the case to the examiners, both Chinese male doctors, one of them, Dr. Jonathon from Singapore, because he introduced himself to me. Kecuakan mula timbul apabila diagnosis patient saya adalah corneal ulcer, memang tepat. Saya cuak kerana saya tak sangka dapat case corneal ulcer. Maka bermulah sesi soal jawab:

1. What is corneal ulcer? Aku terdiam seketika lalu menjawabnya separuh jalan kerana lupa term.

2. How do you diagnose corneal ulcer? What is the use of staining?

3. what are the causes of corneal ulcer? What is the common causes of corneal ulcer among young teenagers like you?

4.What is the commonest virus in corneal ulcer?

5. How do you differentiate ulcer of the cornea and medical setting?

Maka di ajaknye aku duduk:

6. What is visual acuity? (sungguh malu, kerana aku hanya terdiam sbb lupa)

-dia pun bagi clue, maka aku meneruskan ayatnya, alhamdulillah dapatlah melengkapkan jawapan.

7. If the patient with visual acuity 5/36 , what do you understand?

8. And they show me a picture of fundoscopy, describe the picture for me.

Optic disc bla bla bla, vessels bla bla bla, hard exudates and cotton wools, macula has something wrong(dgn slambernya kerana tak tahu apa benda itu)

9. Show me where is the cotton wool? Here..NO it’s wrong(diorg ckp), oops, aku sengih malu. And how about the macula, show me. i show it to them, they just smile. Any comments for the macula, i just said it’s abnormal looking appearance(hahaha..ntahapeapela aku ni).. they smile again.

10.they start asking me, in what condition i always see this fundus?

11. What is the common tx of diabetic eye in eye clinic?

12. Tell me about laser tx? Blabla bla…and suddenly i told them, this picture is laser scar, pale, grey ciruclar looking area in retina. haha.. i just remembered and they smile again to me.

13. They gave me two pictures of glaucoma optic dics. Ask me to describe and compare.

14. Now, tell me about glaucoma.

15. what are the causes of glaucoma. I’m getting excited as i was really prepared for this question. When it turns to secondary causes of glaucoma, i just said all of causes i can rememberd and suddenly the bell ringing..

They said to me, you are saved by the bell…what? dah abis masa. macam baru je nak warm-up.

Masa aku keluar, aku adalah orang pertama keluar, memang pelikla, setelah 2 minit baru ada yang keluar. Mulala rasa depa dah memang tak suka kat I, nak fail kan I…hahaa..alhamdulillah aku pass!! Itu pun setelah seminggu tak tidur wa makan dengan tenang(bukan tak makan langsung :D ) menanti result.

Pengajaran dari opthal exam:

1. I still need to revise and practice my opthal eventhough its over for exam.

2. Practice make perfect.

3. Study group helps a lot.

4. Make doa, before and after the exam. Insya’Allah, Allah akan permudahkan urusan kita.

Sekian.

Cahaya Mata Ku

Disember, 2008

Banyak benda berlaku pada Disember 2008.

Kita mulakan dengan Hari Raya…berjaya juga memulangkan diri beraya bersama keluarga walaupun pada saat itu musim exam. Periksa dan exam, entiti yang berbeza. Ingatkan tadi ada gambar raya dalam laptop. Malang sungguh tidak kusimpan rupanya. Tak palah, kalau dah kutemui nanti, kita serikannya dengan gambar raya.

Kemudian bermulalah saat exams:

Surgery: Memang berpeluh jawab exam surgery kali ini. tak cukup masa. Dengan tiga set soalan pelbagai gaya dan format jawapan, memang menguji skill berfikir secara cepat, tepat dan padat. memang objektif sem2 utk investigations berjaya dicapai oleh Prof Lee setelah menghasilkan satu set soalan setebal 15pages untuk soalan Ix sahaja. Yang peningnya, saya!!

Medicine: Paper medicine 15 minutes after surgery paper mampu memberikan kepuasan untuk berfikir. Kerana soalannya memang mudah, kalau tahu, jawablah, kalau tidak tahu, termenunglah. Masa cukup, ilmu kurang mantap. Tapi, memang mudah dibandingkan paper sem1. Berdoa yang terbaik.

Opthal: MCQ: Soalan biasa-biasa, tapi jawapan, luar biasa. Kalau salah negative marking. Nak pilih jawapan yang benar, 20% probability untuk betul. Yang tak tahan, saya tak baca arahan betul-betul di awal peperiksaan, maka berlakulah pembaziran masa di awal minit ke 15. Memang mencuakkan kerana rasanya tak sampai 5 jawapan confirm betul. Dengan konfidennya, saya telah menjawabnya tanpa meninggalkan satu ruang untuk unanswered.

Opthal: Clinical: Atas sebab banyak nak cerita maka dimasukkan dalam special entry.

ENT (MCQ): Soalan memang banyak, macam biasa, ada susah ada senang. maka aku menjawabnya dengan tenang.

ENT(OSCE): ada 1o soalan, dah suruh kawan-kawan hafal sorang satu, nak kumpul soalan, konon-konon nak buat past yr, tapi,lepas exam, masing-masing lupa kumpul. Apa yang saya ingat:

1. Soalan mengenai tuning fork, Rinnes and Weber test.

2. NPC

3. nampaknya, ada masalah memori, nanti akan cari kawan-kawan untuk lengkapkan soalan yang keluar.

Maka tamatlah exam saya, result dah keluar untuk ENT dan Opthal sahaja. Hanya mampu bersyukur, alhamdulillah, dipermudahkan Allah, walau pun hakikatnya ingin mendapat lebih baik dari yang sedia ada. Insya’Allah, cuba tahun ini.

Setelah tamat exam, pulang ke rumah dengan perasaan gundah gulana sebab time tu result tak keluar lagi. Doa sahaja dapat menenangkan perasaan.

Sabtu, 20/12/2008: A big day for Maryam, my studymate in PMC. Sudah berdua kehidupan Maryam. Semoga bahagia dan berjaya dunia dan akhirat bersama-sama. I’m happy for her.

Sabtu, 27/12/2008: She’s engaged!! haha, sorang lagi cik minah. Studymate in PMC. By the way ada 4 orang je groupmate saya. Sorry, xdapat nak menandang, sibuk2 kipas hang, jauh sangat rumah, duit tak dak nak bayaq tol n minyak. Apa-apa pun, I’m happy for both of you!! Semoga dipermudahkan urusan untuk hari bersejarah.

Maka sepanjang bercuti pada bulan 12, saya berjaya membantu emak memasak di dapur setiap hari, wat a record again!!

Malah sepanjang dua minggu bercuti, saya juga telah berjaya menjaga atok tersayang kerana sakit “achilles tendon synovitis and TIA” di hospital and kampung. Bukan apa, merekalah pencetus cita-cita sebagai seorang doktor. Berkat dorongan, doa dan nasihat atok dan arwah neneklah saya di bidang perubatan. Mereka sumber inspirasi. Malangnya, arwah nenek telah kembali sebelum melihat saya dapat membantu merawatnya.

Itulah detik-detik waktu sebelum berlabuhnya tirai 2008.

Aku tertarik dengan kata-kata ini:

bahagia

Kehidupan lebih bermakna dengan ilmu dan iman!!

Salam Ma’al Hijirah 1430H..

Salam,

It’s been  quite a good time, banafsha was not updated. I’m smiling while writing this entry while looking for a good reason why banafsha has been ignored. keep smiling, as i couldn’t find any.

After the 2 weeks exam for my opthal and ent, i straight away go back home. It’s been so exciting this time with my new-looking house (still under construction) waiting for me.

Helping my mum cleaning the house and spending time with my family (11 of us) was such a great moment!! Ok, let’s start with better story to keep here..

Ma’al Hijrah 1430H

Terasa seperti baru sahaja melangkah ke tahun hijrah 1429H, sekarang sudah 1430H. Memang 1429H banyak meninggalkan kenangan buat diri ini.

Sekiranya dulu aku di Dublin, kini aku menyambutnya di Malaysia. Penghijrahan yang secara fizikal telah banyak mengajar aku tentang tujuan hidup, cita-cita dan matlamat kehidupan.

Mungkin dulu, aku naif akhlak, daif akan ilmu, hari demi hari, aku kembali faham, keindahan menjadi Muslim dan bekerja untuk agama-Nya. Malah aku melihat kawan-kawan ramai yang  sudah merangkak mungkin ada yang sudah berlari dari zaman-zaman kelabu, keliru antara benar dan salah.

Memang benar, kehidupan di tanah air memang banyak cabaran berbanding di perantauan. Cabaran keluarga dan masyarakat dilihat amat mempengaruhi diri. Kalau di Dublin, agak bebas mengembara, di sini, untuk ke KL yang hanya 15 minit dari rumah perlu melalui ‘imegresen’ yang lebih banyak tanya. Inilah nasib perempuan, sampai kawen pun sama kot.

Kalau di Dublin, orang putih sibuk tanya pasal Islam, kat sini, orang sibuk tanya best tak Ireland? Itu takpe, tapi kalau dressing minah and mamat di Malaysia kalah orang Ireland itu yang susah. Mengislahkan Muslim, memang cabaran.

1430 Hijrah bermakna sudah 1430 tahun Islam gemilang di dunia.

Gemilang, terbilang dan cemerlangkah Muslims? Apa-apa pun, kita perlu positif, hari ini perlu lebih baik dari semalam. Tahun ini perlu lebih baik dari tahun sudah…

Di sini nak tulis azam tahun baru buat pertama kali nak announce:

Akademik:

1. Honours for POP and legal med exam.

2.Belajar bersungguh-sungguh( no more tiduring, makaning, tangguhing baca buku)

Rohani:

1. Khatam Quran 2x setahun (tahun lepas tak berjaya, huhu)

2.Tambah thaqafah dengan baca buku/artikel/bloq ilmiah.

3. Dengar kuliah subuh n wanita setiap kali balik bangi.

4. Cari kuliah yg best2 kat penang utk join bile free.

5. Gerakkan halaqah dengan konsisten.

Sahsiah:

1. Perlu kurang makan, banyak puasa sunat (as i gain more than 5kg sejak balik Dublin, wat a record!!)

2. Perlu disiplin diri, supaya tidur awal n bangun awal.

3. Perlu banyak sedekah.

4. Lebih proaktif, tanya doctor kalau tak faham. kalau nak tanya kene tahu ape yang nak tanya, so, i need to read bookn earlier!!

5. Saving, nak try save rm30 sebulan, walau pun selalunya tak cukup duit. need to find a way.

Owh , one more… let’s the picture tells everything..wee ;)

Kawan-kawan, make doa for me!!

3145960906_bcf91614fa_o