Ramadhan, bulan berkat..

Alhamdulillah, ucapan penuh syukur kerana aku dapat menyambut lagi bulan Ramadhan kali ini (lagi 5 hari, macam konfem masih bernyawa je)..hehe. Sudah terasa bahangnya Ramadhan, bukan dek suasana persekitaran, sebab orang lebih dok memikirkan election di Permatang Pauh hari ini. As expected, the opposition won. Tapi, hati ini seakan bersedia untuk bersama Ramadhan.

Sebenarnya ada banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini, family pindah rumah, Merdeka day and exam every 2 weeks, ditambah-tambah hal-hal kebajikan Isoc yang telah aku abaikan sejak beberapa ketika. Dengan kekuatan fikiran dan ingatan yang agak terhad akhir-akhir ini, kepala agak serabut. Tapi, bila orang sibuk bercakap-cakap isu Ramadhan, tiba-tiba, hati rasa gembira. Autonomous refleks. Seakan pil penenang jiwa, setahun sekali.

Sebenarnya tengah memikirkan idea untuk buat Take 5, Special Edition. Baru buat half way, rasa macam nak baca benda lain. Macam biasa, aim aku setiap kali Ramadhan pasti sama, dan aku pasti kebanyakan orang pun akan buat perkara yang sama:

1) Tadarus Al-Quran everyday for khatam.

2) Solat Tarawikh everyday.

3) Solat sunats dan sunat dan sunat dan sunat n Qiam.

4) Zikir dan zikir dan zikir.

5) No maksiat (Tema: Ke arah maksiat sifar)

6) Sedekah, sedekah dan sedekah.

Macam biasa, setiap tahun akan adala aim-aim baru. Sekiranya, tahun lepas, my aim was celebrating the Ramadhan with all my juniors and friends. This year aim is…..(hehe). Tidak sebaik tahun lepas, tetapi untuk kesihatan diri sendiri. Mestila rahsia.

Ramadan is the month when Muslims renew their commitment to their Creator.

Ada banyak link-link menarik untuk Ramadhan mode:

Ramadhan, Batalkah Puasa JIka…

Maybe i should add a new aim since i’m doing my medical rotation now, Educate My Patient about Fasting in Ramadhan. Ecece..bunyi banyak baiknya I ni. But it’s a dream, where all muslim dreams to be. I can say, we can make it, insya’Allah!!

In the eye of Allah, fasting enjoys a grace unparalleled by other acts of piety and worship.

The Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said: “Allah said, ‘All the deeds of Adam’s sons (human beings) are for them, except fasting, which is for Me, and I will give the reward for it.’” (Reported by Al-Bukhari and Muslim)

Mengapa sayang?

Mengapa sayang?

Hanya satu persoalan yang ditanyakan khas untuk penulis. Mungkin retorik, tanpa jawapan.

Sesetengah orang boleh menulis beberapa jawapan untuk satu soalan. Tetapi ada orang yang tidak dapat memberi satu jawapan pada sesetengah soalan.

Menerawang teringatkan perbualan dengan mak, ayah dan keluarga.

Ada satu hari, ketika dalam perjalanan menghantar aku pulang ke asrama.

“Ala, mak. Ani malaslah balik asrama. Kerja sekolah banyak tak buat lagi. Cikgu ni, cuti sekolah pun nak bagi kerja sekolah. Ani memang tak suka buat kerja sekolah masa cuti sekolah. Abisla ani.” rungutan hampir setiap kali pulang ke asrama.

Lantas ayah aku membalas, ” Ani, cuba check balik ‘amal. Apa yang ani buat time cuti? Ni yang jadi tak siap kerja time cuti,”. Walaupun, perbualan ini telah berlaku hampir 7 tahun yang lalu, kesannya masih terpahat di hati aku, especially tiap kali balik ke asrama. Mungkin pada sesetengah orang ia hanya perkara biasa, tiada istimewa. Tapi, kesan sebaris ayat yang dikeluarkan ayah aku ini sedikit sebanyak mengubah cara aku menggunakan cuti sekolah. Bagaimana? Itu masih rahsia.

Baru-baru ini, ibu melahirkan kekecewaannya terhadap sikap adik yang tidak mencapai harapannya untuk solat Subuh di masjid setiap pagi. Di akhir ayatnya, ” Mungkin itu salah mak dan abah jugak. Ada saham dalam apa yang terjadi. Yalah, kalau nak anak sentiasa baik, mak pun kena jadi baik, kuat ‘amal gak.” aku hanya mendengar tanpa balas. Bukan mudah padaku mendengar luahan hati seikhlas ini.

Kerana inilah aku semakin sayang mereka, bukan jawapan yang tepat untuk mengukur sayang.

Apabila diminta sebuah kereta baru, jawapan abah, ” Abah tak nak ani jadi macam Nabi Yusuf, kena adil untuk semua,” aku terdiam, sejak bila hidup aku macam Nabi Yusuf.

Dek kesibukan ayah untuk menstabilkan jawatannya di tempat baru, emak selalu pesan supaya abah perlu bercuti. Bukan untuk keluarga, tapi bercuti untuk keluar fi sabilillah. Perlu beri peluang untuk kerja-kerja agama. Kerana kadang-kadang hal-hal dunia melalaikan kita. Mati, noktah kehidupan yang tidak pernah kenal tatabahasa. Jangaan koma dek kesibukan bekerja, sehingga lupa untuk bekerja keranaNya.

Mungkin ramai yang tidak faham. tapi, ini adalah satu refleksi untuk aku berusaha menjadi anak yang lebih solehah. Penulisan ini berbentuk motivasi untuk aku tidak lemah diri dengan cabaran kini.

Aku masih dilema kesempitan untuk menghayati ilmu perubatan. Mengapa masih di sini? Mungkin kerana sayang.

Sayang masa, sayang ilmu, sayang mereka!!

Learning without thinking is useless
Thinking without learning is dangerous
- Confucius