Summer Sunshine in Felda Chini Timur

Alhamdulillah, baru dua jam pulang setelah 5 hari 4 malam berkampung di Felda Chini Timur bersama keluarga angkat Encik Salamat dan Pn. Sesiah. Satu pengalaman yang cukup berharga dikutip bersama warga Felda serta 21 lagi rakan-rakan PPIMI di Pekan, Pahang. Kawasan timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Najib juga kampung Rifhan Rasuli, anak peneroka Felda Chini Timur merangkap Pengarah Projek Summer Sunshine.

Sekiranya dulu peneroka Felda melalui saat-saat getir untuk hidup, yang bercahayakan lilin, bertadahkan air hujan, telaga dan mata air, serta berjirankan hutan belantara yang bertanah merah, kini warga Felda mampu tersenyum puas, menarik nafas lega dengan pencapaian Felda. Pelbagai bentuk bantuan dan keistimewaan ditawarkan untuk warga peneroka dan ahli keluarganya oleh Felda yang kini telah mencapai status kemodenan, tempat kedua selepas PETRONAS. Perkampungan di Felda Chini Timur mendekatkan aku kepada masyarakat Felda, mengenal cara hidup mereka melalui ekonomi, sosial dan rohani yang jauh berbeza dengan dua buah perkampungan keluarga angkat yang pernah aku sertai sebelum ini di Kg. Endah, Banting, Selangor (2002) dan Kg. Temenin, Kota Tinggi, Johor (2007).

Apakah perbezaannya?

Dari sudut geografi sudah jauh berbeza. Kedudukan Felda di tengah-tengah kawasan penanaman kelapa sawit yang tidak kurang 20km dari jalan utama memperlihatkan keunikan tersendiri. Perkampungan Felda jauh lebih terancang dengan kemudahan sekolah, balai raya, dewan besar, pusat kominiti sukan, kedai-kedai runcit dan pelbagai bentuk kemudahan (just name it la). Sumber pendapatan utama serta pekerjaan yang sama, dan yang menariknya hampir semua rumah di Felda Chini Timur diubah suai semula oleh setiap peneroka dengan landskap dan design yang sama. Jika dilihat dari sudut sosial, amalan kehidupan berkampung seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi, bertegur sapa memang kaya namun, masih banyak yang boleh diperbaiki. Sesetengah surau masih sunyi dengan jemaahnya, kebanyakan belianya masih dihimpit budaya ‘tidak rajin’, kurang keyakinan diri untuk lebih maju. Inilah tugas utama kami ke Felda kali ini. Untuk memberikan semangat dan motivasi kepada rata-rata warga Islam & Melayu agar menggunakan kekuatan dan kebolehan masing-masing untuk meningkatkan kehidupan mereka dan memimpin masyarakat.

Program Motivasi Sek. Men Felda Chini Timur 2

Kehadapan adik-adik kumpulan 6, sekiranya terbaca entry akak kali ini. Alhamdulillah, surat-surat adik telah dibaca. Terima kasih atas perkongsian pengalaman dan perasaan. Harapan akak, agar adik-adik dapat memanfaatkan masa dan peluang yang masih cerah untuk SPM 2008 untuk lebih cemerlang. Ingatlah, sekiranya adik-adik mampu menjaga solat fardhu di awal waktu dengan baik dan berusaha mengelakkan diri dengan perkara-perkara yang sia-sia, adik telah berjaya memulakan satu langkah untuk berjaya, iaitu dengan berDISIPLIN. Menjaga solat mampu membentuk DISIPLIN diri. Insya’Allah, nantikan kiriman surat dari akak. Work hard and Pray Hard.

Mungkin ini saja untuk kali ini. Penat memandu selama 4jam masih tidak hilang. Kaki dan tangan masih sakit penangan futsal. Pertama kali main futsal dan menjadi goalkeeper. ho ho. Yang pasti memang Felda Chini Timur menaikkan sinar-sinar cahaya di mata hati tatkala musim panas yang semakin mangaktifkan melanin di wajah hitam manis tak bersusu ini. Ergh..

Mungkin ada lagi yang akan dikongsi. Minggu ini, minggu berkahwin untuk sahabat-sahabat saya. Bakal makan nasi minyak free untuk tiga hari berturut-turut. Alahai, naikla minyak.

The 1st July of 2008

Tup, tap, tup, tap..

Sudah bermula July, maka sudah tamatlah Junior Residency Exam 1, berakhirlah tahun ketiga perubatan maka terbukalah tirai percutian sebulan untuk aku bercuti~~yeay!!

Entah kenapa terfikir-fikir kenangan aku, Dr. Haniffa dan Mr.Teo bersama patient Acute MI tempoh hari. Mungkin petanda untuk aku tadah lebih tangan agar mereka lupakan kisah tempoh hari. Aku pun mahu lupakannya!! DELETE.

Kini, aku di rumah bersama famili di Bandar Baru Bangi, Bandar Ilmu. Ahad, kepulangan parents dari tanah suci. Ayah menghadiri conference di Madinah yang dihadiri oleh our former Vice-Prime Minister, DSAI. Ibu, meneman sambil beribadah di tanah suci. Well, not bad, banyak juga buah tangan yang dibawa.

Menurut ayah, Dato’ Seri Anwar and Malaysians memang dihormati dan menjadi contoh di kalangan members of the conference. This is his second conference in Medina and yet he hopes, he still cud go again next year!! Nak ikott!! (alahai,ade cuti ke??)

Cerita-cerita hot terkini di tanah air!! Memang sentiasa panas dengan politik, DSAI dan jejaka Saiful Bahari Azlan. Sungguh kurang enak untuk diceritakan. Kekotoran yang mengaibkan. Baca sana sini, cerita itu ini. Sakit hati dengan utusan meloya dan berita-berita hairan. Macam mana nak bagi hati sihat balik? Carilah yang alternatif, buka minda untuk lebih kritis. Di samping menilai syari’atullah dan sunnatullah dengan baik, saya perlu untuk membaca dan belajar. Saya masih belajar untuk itu. Belajar untuk tahu, minat dan beritahu.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) jatuh sedikit 3.97 mata kepada 1,186.57 mata.Dijangkakan akan lebih jatuh di bawah seribu mata. Aku pun bukanlah faham sangat pasal saham-saham ini. Entah kenapa tiba-tiba rasa berminat untuk lebih tahu sekarang. Harga barang yang semakin naik dan politik yang kurang stabil mungkin mula menimbulkan sikap ingin tahu.

Entah apa yang dimerapukan. Sekadar tulis-tulis untuk mengosongkan fikiran.

Aha, cuti yang sudah hari ke-Empat. Bermulalah era sosial aku bersama kawan-kawan emak. Suri-suri rumah tangga yang berusrah dengan gaya datin pencen. Alahai, kelakar jugakla melihat orang-orang veteran ini. Tadi baru pulang dari Chelos Restaurant, majlis makan-makan datin pencen. Emak aku sekadar memenuhi jemputan dan aku sekadar meramaikan majlis.

Team usrah emak punya kekuatan tersendiri. Kalau kenduri kahwin memang mudah, ahli usrah mereka inilah yang menjadi komiti tetap mana-mana kenduri di kalangan ahli usrah. Mungkin wang bukan faktor besar untuk mereka beraktiviti tetapi mereka perlu ada kekuatan untuk membina usrah di dalam usrah mereka sendiri. Kekuatan untuk berusrah dan berdakwah dalam keluarga sendiri perlu ditekankan.

Ada perkara yang merimaskan apabila bergaul dengan aunty2 ini. Apa lagi modal mereka, nikah kahwin, anak beranakdan bila tahu kita ini pelajar perubatan, ada yang menguji kemahiran aku mengubat!

Tak apa, di sinilah kemahiran PR bermula. Belajar untuk mengenali masyarakat dan saling mendidikdi antara satu sama lain.

Ok, mahu habiskan coret-coret ini. Sekadar coretan biasa dengan pengalaman yang luar biasa.

Ini pantun DSAI bagi:

Anggerek disuntik si gadis manja,
Disemat kebaya hati ternoda,
Adat berpencak pendekar muda,
Tercalar badan syarat perwira!

Pergh, memang macam panglima. Semoga Allah memudahkan urusan perwira di tanah air kita!