Dakwah bil Hikmah..

Sedang belek-belek hal-hal semasa di tanah air ni.

Cakap pasal isu, memang banyak. Mungkin bukan hobi aku untuk menaip hal-hal itu, kebanyakannya masih menjadi koleksi fikiran untuk aku berfikir dengan lebih matang tentang kehidupan.

Let me put some words: Minyak, Ella & Mas Idayu, Pak Lah & SAPP, Dewan Pemuda Pas Selangor, 100 hari Pakatan Rakyat belum campur dengan hal-hal gempa bumi di Jepun, China dengan puting beliung, kisah bumi yang macam kiamat. Astaghfirullah wa na’uzubillah, semoga aku terpelihara dengan redha Allah, dengan iman dan amal untuk Islam.

Kali ini ada satu bacaan yang aku rasa tersentuh dari salah seorang Ustaz yang aku kagumi. Penulisannya semakin hari, semakin menarik dan baik.

Aku kongsikan bersama:

Saya diminta mengulas perihal apa yang teman – teman dalam Dewan Pemuda PAS Selangor telah lakukan sehingga berkocak juga ‘ketenangan’ yang tengah dinikmati dan diimpikan selalu dalam Pakatan Rakyat.

Soalan mereka kepada saya bukan banyak pun. Soalan biasa kepada seorang yang bergelar ustaz macam saya. Berhikmahkah cara itu? Ya, ada satu lagi soalan lain yang mungkin sekadar membayangkan keresahan bahawa ketenangan dalam Pakatan Rakyat itu mungkin tak akan bertahan lama. Bunyi soalan, bagaimana nak layan dan memahamkan mereka ( regu dalam PR )?

Saya jawab begini, hikmah itu cara melaksanakan hukum. Bincang dan fahami hukum dulu.

Tuhan berkata, ” Serulah ( berdakwahlah ) kepada jalan tuhanMu dengan hikmah dan peringatan yang baik.”

Allah menyuruh kita berdakwah. Wajib berdakwah. Dakwah itu adalah seruan kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan melarang daripada yang mungkar. Tuhan berkata, ” Dan hendaklah ada ( wajib ) daripada kalangan kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan melarang daripada yang mungkar.”

Kemudian Dia menyuruh lagi. Laksanakan hukum tersebut dengan cara berhikmah dan peringatan yang baik. Oleh kerana ia juga suruhan, maka cara itu pun jadi wajib. Wajib berdakwah secara berhikmah.

Justeru tak berdakwah adalah salah dan berdakwah secara tidak berhikmah adalah salah juga.

Bila Dia menyuruh, maka suruhanNya adalah dengan al haq dan berhikmat. Bila Dia melarang, maka laranganNya adalah dengan al haq dan berhikmah juga. Dua – dua itu adalah demi maslahat hambaNya.

Apa itu kebaikan, makruf dan  mungkar yang wajib didakwah kepada dan daripadanya itu? Mudah sahaja. Ada tersebut di dalam al Quran dan al Hadis. Jika tidak dinyata secara khusus dan jelas, cukuplah fitrah yang suci ( dengan iman ) mengenalinya.

Makruf ertinya dikenali kebaikannya oleh fitrah yang suci. Mungkar ertinya tidak dikenali dan diingkari kebaikannya oleh fitrah yang suci.

Justeru kewajiban setiap muslim adalah memilih, menyeru dan menyuruh manusia kepada yang baik serta menolak dan melarang daripada yang yang tidak baik.

Kemudian, apa itu secara hikmah dan peringatan yang baik?

Ia soal kebijaksanaan. Ia soal menggunakan akal dan petunjuk akal.

Sebijak – bijak akal ialah akal Nabi sallaLlahu alaihi wasallam. Sebab utamanya adalah kerana ia adalah akal yang ditunjuki wahyu dan dimaksumi daripada kesalahan.

Maka hikmah yang pertama adalah dengan meniru dakwah cara Baginda. Susahkah diperolehi? Mudah sahaja. Tiada perihal yang dihikayatkan di dunia ini melebihi hikayat Baginda dan sirah kehidupannya.

Justeru jangan anda memahami hikmah itu bermaksud otak aku atau otak engkau! Cara aku dan cara engkau! Jikalah begitu, hancur luluhlah dakwah di jalan Allah.

Hikmah bermaksud cara dakwah seperti dakwah nabi kita sallaLlahu alaihi wasallam. Cedok daripada sirah dan petunjuknya menggunakan akal anda yang diberi petunjuk.

Jikalah cara berdakwah itu diserahkan kepada akal semata – mata, pasti akan saling bercakaranlah sesama kita, akan saling tuduh – menuduhlah sesama kita, akan saling lebih – melebihlah antara kita dan akan saling label – melabellah sesama kita tanpa petunjuk yang menunjuki. Kita sudah ada nabi, keluarganya, para sahabatnya dan para ulama yang penuh bijaksana.

Sekarang, saya bertanya anda, adakah jenis hiburan yang ditentang oleh Dewan Pemuda PAS Selangor itu samar – samar hukumnya?

Saya yakin hukumnya jelas di sisi setiap muslim yang berpetunjuk dengan al Quran dan al Hadis dan yang fitrahnya suci juga. Ia adalah perkara mungkar. Hukumnya wajib ditegah.

Kemudian bagaimanakah cara menegahnya? Adakah cara menghantar memorandum bantahan itu berhikmah atau tidak? Kenakah ia dalam suasana semasa yang memerlukan pertimbangan paling baik?

Saya tinggalkan anda di sini. Bukan kerana tak berjawaban atau tak mahu memberikan anda jawaban. Saya hanya mahu tegaskan bahawa hikmah itu kesucian dalam petunjuk nabawy dan akal yang rasyid. Allah memberkati akal yang beriman kepadaNya.

Tetapi saya tidak mungkin meninggalkan mereka yang menolak, membangkang, meremehkan dan ‘menghukum’ tindakan DPP Selangor itu sebagai tidak berhikmah. Bagaimana mungkin saya membiarkan mereka begitu sahaja sehinggalah saya memperolehi jawaban yang saya perlukan demi cara dakwah yang yang ‘lebih betul’ daripada mereka.

Saya ingin bertanya mereka, dimanakah dalil yang digali daripada petunjuk ar Rasul bahawa cara DPP Selangor itu tidak berhikmah? Atau jika tiada, bagaimanakah hujahan akal yang rasyid yang begitu diberkati untuk menafikan dan menolak lilitan hikmah pada menghantar memorandum bantahan itu?

Anda hanya ada tiga, iaitu tangan, lidah dan hati dalam menentang kemungkaran. Pancarkan hikmah di tangan atau lidah anda melebihi hikmah di tangan dan lidah DPP Selangor.

Jika anda berhikmah sekadar dengan hati, nyahlah anda daripada persada perjuangan. Perjuangan cukup memeritkan jika bersandar pada iman yang lemah. Ia bukan sekadar melemahkan, bahkan menyesatkan.

Sekadar berkongsi pengalaman, saya pernah menyertai demontrasi membantah majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu anjuran pegawai PTN Kelantan yang diseliti majlis nyanyian oleh seorang artis wanita popular kurang 10 tahun yang lepas. Ia dihadiri ratusan orang yang kebanyakannya adalah pemuda – pemuda Islam yang penuh semangat anti kemungkaran. Berlaku penangkapan dan saya sempat menyelit dicelah keramaian melarikan diri ( takut le ) selepas memberikan selibas ucapan ‘ganas’. Kejadian disiarkan sebagai tajuk utama sebuah akhbar perdana keesokannya.

Ayahanda adalah MB. Kami berdemontrasi menentang tindakan pegawai kerajaan yang ayahanda adalah ketuanya. Selepas pulang daripada ‘persembunyian’ beberapa hari kemudian, ayahanda menyapa, “Inilah kerja anak muda yang ayah suka.” Wow, aku dapat markah!

AlhamduliLlah, Pegawai PTN belajar banyak daripada tindakan berani kami dan kami belajar pula erti berhikmah dalam dakwah.

Hikmah bukan bererti lembut. Hikmah itu lembut dan keras.

PAS adalah sebuah gerakan Islam. Kerjanya bergerak dan menggerakkan ke arah keagungan Islam. Ia bergerak menyatukan umat Islam di dalam Islam. Keagungan adalah dengan bersatu di dalam Islam. Kerja PAS adalah dakwah dan geraknya adalah gerak dakwah. Hikmah terbesar di dalam PAS adalah istiqamah. Ia tidak layu ketika rakan – rakannya layu. Ia bertahan ketika diasak dan ia bergerak ketika ruang diberi.

Yakini, selagi istiqamah pakaian PAS, hikmah adalah jahitannya.

Dari blog penarik beca, saya klik ke blog FT. Saya dapati beliau menyudahkan komennya terhadap DPP Selangor dengan tulisnya, PAS, kad persembahan markah kalian masih sifar.

Faisal, saya yakin Allah tidak sekedekut anda untuk memberi markah kepada teman – teman saya di Selangor dan saya yakin Allah tidak sepemurah anda untuk memberi markah kepada abang Roslan Aziz.

Saya temui hikmah itu dalam al Quran. Dan jikalah anda membaca al Quran sebagaimana anda membaca Hizbullah, itu pun mencukupi..

Tulisan ini memberi aku jawapan bagaimana dakawah dengan hikmah itu secara praktikal dengan kehidupan kita kini. Ya, memang aku bercita-cita untuk menjadi promoter Islam, modalnya mungkin banyak tapi kaedahnya mungkin pelbagai, tetapi skillnya atau seninya mungkin kurang dek keadaan atau waqi’ yang mencabar.

Jazakallahu khairan kathira ya ustaz.

Junior Residency Exam..

Ampun Banafsha, i left you behind.

Exam mode n kenduri back at home…

Alhamdulillah, hari ini sudah tamat written exam. Tidak banyak yang boleh dibicarakan.

Satu peristiwa yang akan menjadi kenangan hidupku..Haha, sesat di Penang mencari exam hall. Apalah…

Macam biase, geng carpool kami berempat dengan cik pija sebagai driver.

Seawal 8.30am dah keluar rumah. Exam Surgery pukul 9am.

Dari Jalan Mancalister ke Jalan Perak. Tiba-tiba ke Jalan Burma dan all of sudden we were in Pulau Tikus. Apa daaa, mana Jalan Anson?

On the way, tiba-tiba semua geng carpool aku blurrr nak cari jalan ke KDU. Apa lagi, callingla kawan-kawan yang dah sampai.

Macam-macam:

” Kau straight je ke arah Komtar, hmm, tapi, bukan nak ke Komtar ” kawan A.

“Kalau dari jalan Burma kitaorg tak tahula cane” kawan B.

” Ha… kau amik kiri, pastu kiri, pastu kiri, pastu kanan” kawan C

Thanks  a lot kawan-kawan walaupun kami tetap lost.

Sampai di Exam Hall 9.15am.

Semalam sudah dibelek peta google yang diberikan oleh PMC, entah kenapa, rasenya macam susah sangat nak faham peta tu..Apa lagi, diabaikan, dengan harapan kawan-kawan lain mungkin lebih faham.

Akibatnya, we were LOST. Siapa yang selamatkan kami?  Seorang cikgu ‘amoi’ sebuah nursery di Jalan Perak.

One way road in Penang memang menyesatkan…haha..

Yang lagi best, selesai sahaja exam, semua orang menunjukkan caring..

Why you guys late aa? Apa lagi, tour penang, amik angin sat sebelum exam la jawapan kami.

Kemudian datang lagi orang-orang caring yang lain…

” u guys terbangun lambat ke ?”, ” macam mana boleh sesat a?” , “what time do you guys go out a?”

Again, terima kasih.  Soalan dijawab dengan senyuman.

Moral of the story:

1) Make sure print peta sebelum keluar.

2) Tak faham jangan last minute baru nak tanya.

3) Kena istighfar banyak-banyak. Mengapa ujian begini yang datang dulu tatkala ade “ujian exam”

Apa-apa pun,

Morning Driving in Penang was nice and good. Penang people not too bad la..

On Gear three…

It’s been almost a week i left you.

The time runs so fast, until i just realised that i should see you banafsha.

Last  2 week was fun and great!! Lots things done.

Last Monday, i helped Arini as a food committee for Solat Hajat and AGM PMCISOC 2008. Recently, since i live in Penang, anything to do with food is a my passion and joy. Searching, thinking, buying, even eating food is an enjoyable moment. The best part, we don’t have to cook, the very best part is eating.hehe…however, this really remind me to my friends back in Dublin. Almost every week we cook for any Malaysian students’ events in Dublin. It was a great time for me cooking together, and what i can say…i really miss my friends and my life there!!!

Yesterday, i had the first meeting with pmcisoc newly-elected committees. They asked me about hobby, well, what i can say was “Dulu saya suka masak, sekarang saya suka makan,”. It was true when i realised i had put aside the new interest that i am struggling on it is actually Reading and writing!

PMCISOC, i wish to do my best. Good teamwork is the key to success. A good leader always have good followers.

Ideas..ideas..for the ummah!!

When fuel Price go High

5th June 2008.

It was a history in Malaysia when the fuel prices raise up to 40%!! Everyone knows and cares about it. Everyone talks about it. Even me myself care and mad on it.

Just a matter of they feel their budgets will high up to 40%. Again they feel themselves threaten by the fuel hike. When the feel, they care. When they know, but they do not feel they just know, kira oklah… Wonder more social issues was left behind, because they just know but do not mind.

RM1.92 to RM2.70!! Another more history in Malaysia. I felt like the world is ending sooner. hoho. High demand, less supply. Is that why the fuel price goes up very high. Could be a reason, but not the best reason.

Corrupt, corrupt, corrupt. Stop it!!

The cost of living increasing. People can do anything for the sake to get more money. Anything! Only ‘iman’ can help people to put their hopes and trust in a better way. But, how many of them do pray 5 times a day, everyday ?

The da’ie should take this issues as a way to improve his or her da’wa. Sometimes, people might feel depressed, lost and busy with the ‘dunya’. Just for the sake of making more money. more and more. Believe me, never end. Life in the world is paid with money, but they forgot life in the Hereafter is paid with their rewards through their ‘amal here. Make more money must always with good ‘amal.

Who hold the heart of a human? Make du’as may Allah helps, guides us and gives taufik wa hidayah to our leaders out there, especially Pak Lah. wooooopss.

Islam Hadhari haram?

Agak ketinggalan dengan isu-isu semasa yang semakin hari semakin hot. Terbaru yang sempat dikejar adalah isu Islam Hadhari diharamkan oleh kerajaan Selangor.

Puas jugala memikirkan relevannya. Wajarkah tindakan itu ? Berfikir….

Islam Hadhari yang diwarwarkan oleh Pak Lah dan konco-konco JAKIM telah 4  tahun dilancarkan sejak 2004. Asalnya mungkin untuk memperkembangkan pengaruh BN yang mungkin mahu Islam dimajukan secara sederhana. Dulu mereka claim, ulama’ yang masuk poliik sesat kerana mencampur adukkan politik dengan Islam, hakikatnya, apa mereka betul, mengambil politik tanpa agama. tup, tup, sekarang nak buat Islam hadhari. Promote Islam melalui Islam Hadhari, ada baiknya, kerana orang makin kenal apa itu Islam…opss..makin kenal Islam ke atau makin kenal Islam Hadhari? Kan dah membingungkan orang ramai.(opps..sorry)

Firasat hamba, Islam Hadhari mempunyai nilai prinsipal yang cukup indah dibaca, ie: Beriman dan bertaqwa kepada Allah. Namun, hati ini masih mencari-cari di mana Islam itu dipraktikkan pada nilai hidup masyarakat hadhari di Malaysia. Apa mungkin Islam hadahari dilaksanakan sedangkan maksiat masih berleluasa ie: konsert sure heboh, akademi fantasia dan pusat hiburan yang lain masih beranak pinak. Amar makruf wa amar munkar.menyedihkan.

Walau pun Islam hadhari mungkin diterima sebagai agenda politik semata-mata tanpa pelaksanaan Islam yang syumul dalam sistem pemerintahan kini, wajarkah ianya diharamkan? Sekiranya dilihat dari konteks isinya yang baik dan kesan pengharamannya kepada masyarakat. Mungkin ada yang makin bertambah keliru. (kalau tak diharamkan pun dah ada yang keliru). Inilah jadinya apabila nama Islam itu dipolitikkan. Menerima Islam secara ’sederhana’?  Muslim memang ekstremist ke?

Akhir kalam, aku melihat Islam hadhari hanyalah agenda politik yang perlu dihentikan tetapi tidak tahulah wajarkan diharamkan (menghukum). Aku dah tak larat nak ke ceramah perdana anjuran Jakim dan kroni-kroninya menceritakan tentang Islam hadhari. Banyak lagi isu-isu lain lebih awla untuk diceramahkan seperti hiburan, tujuan hidup, tazkiyatun nafs, ilmu-ilmu syariah dan hadis yang makin hilang serinya dek ceramah Islam Hadhari.

Islam hadhari wajar diharamkan atau dihentikan ? (boleh buat debate ni)

Wallahu’alam