Selamat Hari Cikgu..

Teringat kecil-kecil dulu setiap hari guru, akan aku pastikan sebuah hadiah untuk guru. Dari semurah-murah sebatang pen sehinggalah sepasang kain baju kurung. Mak pesan, hadiah ni tanda penghargaan.

Seingat aku, saat paling menarik menyambut hari guru masa darjah 3 di Sekolah Rendah Bandar Baru Bangi, Jalan 2. Guru kelas aku pada waktu itu, Cikgu Wan Nur Fauziah, pakai purdah dan sangat motherly. Aku masih ingat lagi ideanya untuk menyuruh kami mengadakan tabung kelas. Kami tak perlu kutip duit kelas, tapi kami ada tabung kelas yang hasilnya lumayan dari ahli-ahli kelas yang murah hati menderma hampir setiap hari. budak-budak kecik, kutip je duit mana-mana, masuk tabung kelas. hehe.

Hasilnya, kelas kamilah yang paling meriah sambutan hari kanak-kanak, hari guru dan jamuan akhir tahun. Setiap kali jamuan, cikgu wanlah yang bersusah-payah suruh kami buat itu, buat ini. Acapkali, tugasku adalah menolong cikgu. Tolonglah apa-apa yang patut. Dari angkat barang, beli barang sehingga ke kemas barang. Aku suka kerja ni, sebab aku dapat berbaik-baik dengan Cikgu Wan yang aku kagumi.

Sebenarnya, banyak lagi cikgu-cikgu dalam hidup ini yang perlu aku ucapkan terima kasih. Tanpa mereka, aku tidak mampu menaip sebuah blog hari ini. Aku punya pengalaman manis dengan ramai cikgu kerana aku suka bekerja dengan cikgu. Aku suka bercakap, berbual dan bercerita dengan mereka, mungkin sebab aku sebab aku ‘banyak mulut’. haha.

Untuk menamakan setiap cikgu yang pernah berjasa, tak terkira banyaknya. Tetapi ada beberapa nama yang seringkali menimbulkan rasa rindu aku untuk kembali ke alam persekolahan.

Ustazah Norhana, Cikgu Wan Nur Fauziah, Cikgu Rosaaidah. Aaah, rindunya pada cikgu!!

Terima kasih Cikgu !!

Satu perkongsian untuk sahabat-sahabat:

Sempena Hari Guru – Penghormatan kepada guru – Antara kebenaran dan kepalsuan

Zainudin Hashim
Fri | May 16, 08 | 11:06:38 am MYT
Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik.Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (masyarakat) apabila mereka telah kembali kempangkuan mereka, supaya mereka (masyarakat) itu lebih berwaspada.

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menunutut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari:

  1. Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya kekadar belajar.
  2. Arahan Allah selepas proses penggarapan ilmu, menyedarkan masyarakatnya dengan memberi peringatan dan bukannya mengajar.

Kedua-dua konsep itulah yang meletakkan seseorang yang menuntut ilmu itu mencapai status pendidik iaitu satu kedudukan yang lebih tinggi daripada seorang guru.

Ini kerana, pendidik bukan sekadar mengajar atau mencurahan ilmu kepada pelajarnya, malah memastikan para pelajarnya benar-benar mempraktikkan segala ilmu yang digarap, di tambah pula peranan pendidik mampu menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya serta mengadakan program susulan jangka panjang (long term follow up planning).

Berbeza dengan tugas seorang guru, kerana ada di antara mereka hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu, tetapi sebenarnya keberkesanan sesuatu ilmu itu bergantung kepada lima perkara untuk mencapai status pendidik yang berdedikasi dan komited terhadap kerjayanya seperti yang pernah dilontarkan persoalan ini oleh Syeikh Prof dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk “Rasul dan ilmu pengetahuan”.

Di mana beliau ada menegaskan, bahawa apabila seorang pendidik itu mampu merealisasikan lima perkara berikut, nescaya dia melonjakkan kedudukan sebagai pendidik atau pewaris nabi-nabi, lima perkara itu adalah seperti berikut :

  1. Perasaan tanggungjawab terhadap agama, pelajar, masyarakat dan negara.
  2. Amanah keilmuan yang digarap, dalam erti kata, dia akan mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, bukan sebaliknya, kerana ia adalah satu amanah yang besar yang akan disoal di akhirat nanti.
  3. Mengembalikan ‘Izzah (kemuliaan) Islam yang dicerobohi oleh tangan-tangan pengkhianat dan perosak Islam dengan meletakkannya di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan masyarakat.
  4. Ada perasaan tawadu’ (rendah diri) terhadap orang lain.
  5. Beramal dengan kesesuaian ilmu yang digarap, dalam erti kata tidak menyanggah tindakan dengan penghayatan ilmu.

Sehubungan itu baginda Rasulullah s.a.w ada bertanya kepada Malaikat Jibril, berhubung siapakah golongan pendidik (ahli ilmu sebenar)?, Jibril menjawab : Sesungguhnya mereka ibarat pelana umatmu di dunia dan akhirat, beruntunglah mereka yang mengenali dan menghormati mereka dan nerakalah bagi mereka yang membenci serta menyanggah mereka (ahli ilmu/pendidik).

Konsep penghormatan kepada golongan pendidik

Jelas daripada hadis di atas, baginda telah menggariskan satu tindakan yang berkesan bagi meletakkan penghormatan sewajarnya kepada mereka.

Pengamalan dalam masyarakat umat Islam dalam negara kita yang berpaksikan nilai-nilai penghormatan terhadap golongan pendidik/guru adalah dijelmakan oleh fahaman barat, iaitu mereka diberikan hadiah tertentu walaupun pada masa yang sama para pelajar sebenarnya tidak bersetuju atau mengkritik guru-guru mereka atau mungkin juga berlaku biadap terhadap mereka, tindakan ini disifatkan menyalahi tuntutan ayat di atas yang sepatutnya mereka (pelajar) mendapat peringatan agar tidak meniru-niri gaya hidup masyarakat barat dan sebagainya.

Tetapi bagi menutup kesalahan dan kelemahan mereka, para pendidik/guru diraikan pada satu hari yang dikenali dengan ‘hari guru’, pelajar yang tidak menerima nasihat pun menghulurkan hadiah kerana inilah peluang bagi menyekat kemarahan atau kebencian guru terhadap mereka, pelajar yang datang dari keluarga berada walaupun tidak memiliki akhlak yang baik, mampu mengadiahkan gurunya pelbagai bentuk hadiah yang menarik, ini menyebabkan gurunya bias terhadapnya, rasa nak marah pun hilang dari mindanya.

Sedangkan pelajar yang benar-benar menepati ayat di atas tetapi kerana kemiskinan serta tidak mampu untuk menghadiahkan gurunya sebarang bentuk hadiah, dipinggirkan daripada minda dan sanubari guru, persoalannya di sini hadiah yang diterima oleh guru boleh disifatkan satu bentuk rasuah cara moden.

Inilah kejayaan musuh Islam bagi merenggangkan golongan pendidik/guru dengan para pelajarnya yang dihormati hanya pada satu hari iaitu “hari guru”, sedangkan pada hari-hari yang lain mereka sudah tidak dihormati apatah lagi untuk melaksanakan arahan mereka untuk menjadi individu cemerlang, akibatnya mereka tidak sanggup untuk menegur atau memberi nasihat kepada para pelajar kerana disebaban hadiah yang diterima.

Akhirnya institusi pendidikan di kalangan umat Islam tidak mampu melahirkan individu-individu seperti Imam hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, al-Ghazali, Ibnu Sina dan ramai lagi.

Marilah kita sama-sama kembalikan maruah golongan pendidik/guru/ahli ilmu dengan menghormati mereka dengan bentuk yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu mendengar nasihat mereka, mengenali serta melaksanakan segala ajaran mereka dan bukannya membenci mereka apatah lagi menyanggah mereka dengan tindakan yang tidak sepatutnya.

60 tahun Nakba

Nakba.

Satu detik hitam dan bersejarah buat saudara-saudaraku di Palestin.

To all my fellow friends out there, nak tahu apa nakba lawatlah link-link ini:

Utusan, Harakah, UNRWA

Betapa samseng, zalim, jahanamnya Zionis ini terbukti dengan mudahnya mereka enggan menurut tuntutan resolusi PBB sejak 1948 agar dibenarkan rakyat Palestin pulang ke tanah air masing-masing atau sekurang-kurangnya mendapat pampasan atas kehilangan tanah sendiri.

Saya kagum dengan penduduk di London, UK. Mereka telah turun padang beramai-ramai tanda sokongan mereka untuk penduduk Palestine..Subhanallah..Saksikan

Di mana peranan kita, ya Shabab ?

Adakah kita tidak mampu ? Saya sukalah berkongsi pandangan seorang sahabat mengenai isu ini:

EDUCATION. KESANNYA BERPANJANGAN.

1. Bagi lebih ramai manusia tahu berkenaan Peristiwa Nakba, serta kesannya.

Kepada orang Islam, bagi mereka kesedaran tentang malapetaka yang melanda saudaranya sendiri. Bagi orang bukan Islam, bagi mereka perspektif dari pihak rakyat Palestin tentang apa yang sebenarnya berlaku pada tarikh pengisytiharan negara Israel ini.

2. Forwardkan video/dokumentari khusus berkenaan Peristiwa Nakba. Kan banyak dalam youtube tu. Saya suka tengok dokumentari dari Google ini yang menayangkan testimoni dari pelarian Palestin yang kini berada di Lebanon.

3. Doa dan solat. Semoga saudara Palestin kita akhirnya akan dapat hak melawat tanah air dengan bebas sepertimana kita boleh balik ke Malaysia setiap tahun untuk cuti musim panas ketika di luar negara.

4. Memboikot barang-barang yang menyokong zionis. Kita sudah besar dan boleh berfikir sendiri. Kalau ada yang masih nak pertikai signifikasi memboikot barang yang menyokong Zionis, maka terpulanglah.

Fakta bahawa setiap wang yang kita sumbangkan dalam membeli barang-barang yang menyokong kerajaan Zionis ini akan digunakan untuk membeli peluru-peluru buat membunuh saudara saya sendiri sudah cukup sebagai justifikasi diri saya. Anda bagaimana?

Buat saudara-saudaraku di Palestin, demi maruah Islam, akan kuperjuangkan Islam yang sehingga akhir hayatku. Aku sedih dengan Owh I See (OIC), sangat lemah dalam memperjuangkan hak kemanusiaan lagi-lagi saudara sendiri. Memalukan.

Semoga Islam kembali gemilang.

Hari Ibu 2008

Buat ibu tersayang,

Mungkin sejambak bunga tidak dapat membalas jasa dan pengorbananmu terhadap diriku selama 23 tahun di muka bumi ini. Namun, itu adalah tanda kasih dan sayangku padamu.

Bersama-sama ini, dengarkanlah lagu ini.

Buat ibuku, Roshayati Mohd Said di Hari Ibu..

mega nan cerah
kelam tiba2
itu tandanya
ada bencana
saat itu ku sendirian di sisi
kubur bonda sunyi dan sepi
masih terngiang
kata2 nasihat
pedoman dan belaian kasih bonda
tapi kini bonda telah pergi
pergi nya tiada kembali

sewaktu mula ku
melankah dewasa mencari ilmu
tugas utama
ku merantau jauh meninggalkan bonda
akan ku tunaikan hajatmu bonda
tapi di dalam menghadapi cabaran
ku terlupa tugas ku di rantauan
apakah makan minum mu terjaga
adakah nasib mu terbela

oh tuhan ampunkan dosa ibuku
masukkan ia kedalam jannahmu
selamatkan ia dari nerakamu
terangi kuburnya dengan sinarmu
sedih nya hatiku
dibuai mimpi mu
hatiku di alun kecewa dan sengsara
dosaku ibarat air di lautan
hidupku sebagai anak durhaka

oh bonda ampukan kesalahanku
tak tersengaja
ku mengasarimu
hatiku kesal tiada terkira
kau pergi didalam kecewa
tidak ku tertahan
menanggung seksaan
setelah kau tiada
dugaan yg mendatang
ampuni dosaku
redha kan hidupku
kau lah mithali pedomanku

sayu mengenang
saat manis itu
tangan bonda
mengusap pipiku
terpancar senyuman di wajah bonda
agar anak nya beroleh jaya
didikan islam diberi sempurna
walaupun tanpa suami tercinta
yg telah terkorban kerna ilahi tabah menghadapi hidup yg sunyi..

Terima kasih abg ajak sebab sudi share dgn anee beli hadiah utk emak.

Terima kasih abadi kerana perkongsian lagu istimewa untuk para ibu..

Selamat Hari Ibu buat bakal ibu dan para Ibu di Malaysia!!

Macam-macam dalam satu minggu

Kisahku bermula Rabu, 30 April 2008.

Rabu, 30 April 2008

Seawal 3pm, mak, ayah, dan 3 adikku, Huda, Maisarah dan Nadhirah datang ke Penang!!

Tapi, aku terpaksa membiarkan mereka ke rumahku yang tidak berpenghuni sebab kami masih ada kelas Fracture dengan Mr.Aliff Carr.

Ketika aku menunggu familyku ke PMC menjemput kunci rumah, sempat aku berbual dengan pak guard di PMC. Dia tanya, adik tunggu sapa? Aku cakapla tunggu ayah. Dia tanya lagi, adik pakai kereta apa? Aku cakap, aku tumpang kereta Viva kawan aku ke sekolah hari-hari. Kemudian, dia tanya lagi, apa plat no kereta adik? Aku jawab, uncle tahu ke kereta saya yang mana satu kalau saya cakap. Aku tersenyum. Dia kata, hari-hari saya duduk sini tengok kereta keluar masuk, saya ingat berapa banyak jenis kereta dan no. kereta warga PMC ini. Hoho. Aku tersenyum. Sambil-sambil borak, dia komen setiap kereta yang keluar masuk. Siap boleh tahu sape orang dalam kereta tu. Dia ni pelawat ke, pelajar ke, pensyarah ke, pekerja ke…

Dalam hati, aku tabik. Bagus pakcik, inilah seorang pak guard yang baik. Mengenali tuan-tuannya, peramah, dan tegas.

Habis kelas, aku pulang ke rumah. Best gile. Sebab ade orang di rumah menyambut kepulangan. Sudah lama tak ade perasaan begini. Hampir 7 tahun. Balik kelas, mak tak sambut. huhu.

Malamnya kami patut pulang ke kampung di Jitra. Tapi, ayah aku penat sebab baru balik meeting dari Kulim pukul 9.30pm. Satu family tidur di rumahku. Paginya, mak minta pulang ke Bangi terus, takut tak sempat pulang ke kampung dalam masa satu hari. Esoknya, Jumaat, 2 Mei 2008, ayah aku perlu mendaftar untuk hari pertamanya di UNITEN sebagai pensyarah. Prof. Ibrahim Ahmad. Congratulation to my dad!! Sebelum pulang ke Bangi, aku bawa family breakfast di gerai mamak Rawther (belakang General Hospital Penang). Roti canai banjir dan teh tarik menjadi menu pilihan keluarga.

8.30am, Bertolak ke destinasi. Dengan kelajuan 130km/h, Toyota Altis WRE 6446, mesin pengesan speed track dan smart tag. Perjalanan dari Penang ke Bandar Baru Bangi hanya 3jam tanpa henti. 11.30am, kami tiba di Restoran Asam Pedas, Bandar Baru Bangi untuk beli lauk lunch dan pulang.

Sepanjang percutian (1 Mei-4 Mei 2008), 2 Mei buat cuti sendiri, hehe. Aku puas berada di rumah tanpa belajar. Hehe.

Isnin, 5 Mei 2008

Rotation Surgery di Penang General Hospital untuk Orthopedic subject bermula.

Aku kira sepanjang seminggu berorthopedic, aku jatuh hati pada orthophedic. Rata-rata doktor baik Mr. Aliff Carr dan Mr. Loke dan anak-anak buahnya terumatama Dr. Tan sangat berdedikasi, pengajar yang baik ditambah dengan unsur lawak yang ‘tak bole blah’.

” Look the patient as a whole, not as a hole,” sampuk Dr. Tan dengan gayanya tersendiri.

Aku pasti akan ke klinik orthopedic lagi, masih banyak yang aku perlu belajar. Dan untuk pertama kali, aku dapat masuk ke Operation Theathre dan berpakaian OT. Baru aku tahu betapa sukarnya nak menjadi muslimah. Yang pasti, aku perlu melakukan sesuatu untuk mengekalkan prinsip Islamku.

Selasa, 6 Mei-8 Mei 2008

Hangat. Di PMC pada tarikh di atas telah berlakunya PMCSA election. Selasa, ada presidential debate. 2 candidates telah tunjuk bakat untuk menjadi the next president of PMCSA. Rakamannya, klik sini.

Khamis, ada AGM. Agak kecewa, tidak ramai yang dapat hadir. Adalah 80 orang daripada 367 student PMC.

Aduhai PMC students.

Jumaat. Keputusan election keluar. Again,

The number of students who voted online is less than 50 % of the current total PMC student population of 367.”

Aduhai PMC students.

The result: President PMCSA 2008/09: Izwan (106) won majority to Thanesh (87)

V.President: Yong Shin Shen (88) won majority to Jasmine (77)

Treasurer: Maryam (83) won majority to Hajar (61)

Secretary: Farhana Hamzah won uncontested

Sports Manager: Danial won uncontested

Facilities Manager: Abadi Suffat won uncontested

Still vacant is events manager, academic officer (surgery and medicine)

Congatulations guys, hope you can be a good leader as a team and please do something to wake up the PMC students!! All the best. My best hope, wish and du’a for you guys.

Sabtu, 9 Mei 2008

Terima kasih aku ucapkan kepada:

Makcik Som, Tuk(mak mak cik Som) dan bibik-bibiknya.

Adilah, Maryam, Sakina, Fadhilah, Farhana, Hajar, Hannah, Mazalin, Syaza dan Roshaida atas penglibatan kalian untuk percutian ke Kg. Junjung yang meriah.

Aku kira, halaqah kali ini adalah halaqah yang berjaya. Thumbs up to all!

Apa yang aku dapat kali ini adalah:

1) Pengalaman manis pulang ke kampung menikmati suasana dan masakan kampung yang banyak dan sedap. Rasa macam ‘robot makan’. Makan makan makan. tak pe, at least, dapat makan bubur durian, durin, mee goreng, nasi goreng, karipap, cucur badak dalam breakfast.

2) Pengisian kuliah subuh oleh Fadhilah dan Adilah. Mengenai kepentingan wanita untuk keluar berdakwah, pembersihan hati untuk menjadi da’ie yang baik, usaha dan cita-cita yang berterusan dan istiqamah, tidak mudah berputus asa dalam berdakwah dan blissful marriange. Perbincangan yang menarik.

Thanks a lot to all.

Uhibbukum fillah wa ukhuwwah fillah abadan abada, insya’Allah.