Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?“
Murid 1 = “Negeri Cina“
Murid 2 = “Bulan“
Murid 3 = “Matahari“
Murid 4 = “Bintang-bintang“
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama“.
04/26/2008 at 1:05 am (Uncategorized)
Sibok..
04/21/2008 at 12:34 pm (Personal)
Alhamdulillah, walaupun rasanya tidak sesibok Perdana Menteri, hujung minggu telah habis. Ke sana, ke sini, ke mari, ke situ, buat itu, buat ini. Isnin bermula dengan hari pertama rotation surgery. Seawal 6.15am, kugagahi ke hospital menuntut ilmu dengan fikiran yang kosong tanpa apa-apa. Malam ahad itu, kepala aku berdenyut-denyut & pening. Lantas kutidur seawal 8.30pm tanpa satu hujung minggu yang tidak belajar medic. Akibat tidak bersedia, white coat, stetoskop, kad kehadiran dan pen torch ku tertinggal di rumah. Nasibku baik kerana tidak ditegur Mr. Tan. Jika tidak, memang aku rasa sedih, kerana tidak berkeadaan sedia. Mengubat hatiku yang lara, damaikan dengan Jejak Cita
Ya Rahman wa Rahim, berikanlah aku kekuatan!!
Let the stress begin for tomorrow !!
Kini di Malaysia!!
04/17/2008 at 10:10 pm (Uncategorized)
Malaysia.
Bila disebut Malaysia, apa yang pertama datang dalam fikiranmu? Bagi kawan2 di perantauan, memang kampung halaman dan family must be in your list. Tak pun tiket pulang balik summer. haha. Akulah itu.
Sekarang aku di Malaysia. Orang sekarang kata ‘A New Malaysia’. Why?. Pasca Pilihanraya ke -12 menyaksikan kebangkitan dan kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu semasa di dalam negara agak baik. Tapi, masih banyak yang boleh dikembangkan. Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Penang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Negari-negeri yang sebelum ini tidak pernah aku fikirkan boleh jatuh dengan sekali pilihanraya. Hakikatnya begitulah, kalau mengikut sejarah tidak pernah ada sesebuah negara yang boleh berdiri dengan pemerintahan yang sama lebih 50 tahun( apa yang saya pernah dengar). Lagi-lagi kalau kerajaan itu sudah hilang taringnya.
Aku kini di Malaysia yang masih asing. Orang ‘barat’ banyak mengajarku bahawa budaya mereka lebih Islam daripada orang bergelar Muslim. Masa pergi hospital, baru aku kenal the true Malaysians. Sosial problems; drug addicts, pesakit yang makan panadol sbb nak commit suicide, minum arak dengan hebatnya memang ramai. Itu belum campur yang berada di luar hospital. Kadang-kadang aku terfikir, kesian dengan mereka, kadang-kadang aku tak tahu nak marah atau kesian. Bagaimana nak tolong mereka ni? waduh2, semoga doaku dapat memberi kekuatan untuk membantu mereka.
Pancaran UV memang aku alergik, bukan apa, nanti aku tidak dapat dikenali kerana kulitku semakin hari semakin memekat coklatnya. Lotion2 pencerah bukanlah pilihanku. Mungkin aku patut cuba, kalau tidak mak aku risau. Anak daranya kulit gelap, hahaha. Orang tua, ada2 ja. Perkara ini tidak menjad kerisauan aku ketika di Dublin.huhu..Masih Dublin-minded. Dush!! You are now in Penang, MALAYSIA!!
Mungkin nanti aku patut cerita bagaimana kehidupan aku sebagai pelajar perubatan di Penang Medical College. nantikan!!
‘A New Me’
04/17/2008 at 1:22 pm (Uncategorized)
Di saat-saat terakhir Medicine Rotation, besok hari terakhir. Pantasnya masa berlalu, pejam celik, sudah hampir 5 minggu di Penang Medical College. 6 minggu di Malaysia!! Bermakna 6 minggu aku meninggalkan kenangan dan kawan2 di Ireland dan UK. Ho ho..hakikatnya, ingatan, hati dan rindu tetap ada pada Ireland. Mengapa??? Kerana di situlah bermulanya ‘a new me’.
Di situlah aku mula mengenal erti hidup, mengenal tanggungjawab, mengenal masyarakat, mengenal diri ini dan paling istimewa mengenal dan mencintai Islam yang aku miliki. Tidak ada kata yang dapat aku gambarkan melainkan Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dengan izin-Mu, Ya Rahman, aku menjadi aku yang ini, mungkin aku yang lebih baik dari hari ini, insya’Allah.
Itulah bekalan yang kubawa di tanah air sendiri. Unik. Kerana selalunya kita akan bawa bekalan dari tanah air sendiri. Tapi, aku bawa makanan dari tanah air sendiri tapi, ilmuku lebih banyak dibekalkan dari Ireland. Bukan aku tidak pernah tahu ilmu-ilmu hidup sebelum ke sana, tapi kerana aku lebih menghargai kepentingannya bukan di bumi sendiri.
Azam baruku, melahirkan ‘banafsha’ akhirnya terlaksana. Inilah salah satu ilmu yang kubawa dari ’sana’.
Hadiah..
04/16/2008 at 1:58 pm (Personal)
Gumbira, hari ini dapat hadiah.
Sebuah buku Asma’ul Husna daripada Zulaikha, exrumetku di Ireland. Terima kasih!!
Katanya sempena ulang tahun kelahiran ke-23, sudah besar ropanya aku..huhu~
Bismillah..
04/16/2008 at 1:36 pm (Personal)
Assalamu’alykum wrbt,
Kecil-kecil lagi ayah ajar, nak mulakan sesuatu kene baca Bismillah. Ayah cakap baca bismillah, kita baca. Bila baca Quran, pun kene baca Bismillah, tapi, ayah tak suruh pulak baca bismillah. Sebabnye, Allah dah tulis dalam Al-Quran, permualaan kepada surah ‘pembukaan’ aw alfatihah is Bismillah.
Dengan nama Allah, wa Bismillah, saya menulis di sini utk post yang pertama. Semoga istiqamah.